Bab 5

1.8K 125 17
                                    

Berulang kali aku tahan kaki daripada melangkah ke arah pasangan yang sedang bergelak ketawa tidak hingat dunia. Mukaku merah padam, hatiku mendongkol geram menyaksikan perempuan jelita itu mengusap pipi lelaki pujaanku, Yusuff. Perasaan cemburu meluap-luap membakar jiwa, kalaulah aku ada kuasa. Dah lama aku siram minah yang terlentok-lentok manja itu. Kenapa gedik sangat? Dia bukan suami kau lagi tahu tak? Kau fikir kau siapa nak gedik macam tu dengan Yusuff aku?

Mataku mencerun lebih tajam apabila jari Yusuff pula bermain di rambut Zulaikha. Cara dia seperti melayan seorang isteri, dengan lembut dia menyelitkan helaian rambut Zulaikha di tepi telinga. Senyuman manis bak gula tidak pernah lekang di bibir Yusuff. Dia benar tampak bahagia.

Sakit.

Sakitnya, dada ini aku cengkam.

Aku tak nak saksikan dan biarkan mereka bahagia. Tiada perempuan lain dapat berdamping dengan Yusuff selain aku.

Aku bangun, pernafasan aku kawal. Tak mahu bertindak lebih dari akal waras. Sekeliling aku liarkan pandangan, mujur tak banyak pelanggan di restoran ini. Agak-agak kalau aku buat sesuatu, orang mesti tak nak ambil kesah. Harap begitu memandangkan dalam fikiran sudah merancang sesuatu.

Jarang otak bernas aku gunakan untuk situasi begini. Selalu ada sahaja cara aku lakarkan di dalam setiap cerita aku. Ergh, gemuruh pulak. Apa pula kata Yusuff nanti?

Dia mengamuk tak?

Rasanya tidak. Dia mesti dapat terima reason aku. Dia tak akan marahlah, hatiku memujuk sendiri.

"Yusuff. Saya cari awak tau. Saya tak sangka dapat jumpa kat sini. Boleh saya duduk?" Tanpa segan silu aku duduk di sebelah Yusuff, bahu kami berlanggar kerana aku duduk rapat dengan dia. Muka Yusuff jelas berlainan, senyuman manis itu dah hilang. Begitu juga dengan Zulaikha, mukanya kelat semacam. Tetapi masing-masing berdiam, terkejut sangat agaknya melihat kemunculan aku takde ribut tiba-tiba menyergah.

"Macam sedap. Saya nak rasa sikit boleh?" Tanganku memanjang ingin mencubit ikan salmon, lidah dah mencair membayangkan ikan mahal masuk dalam mulut. Mana pernah aku makan selain daripada dibelanja kawan baik aku waktu dahulu kala. Itu pun sekali. Sejak itu, kami berpisah jauh kerana dia pergi overseas. Dengar cerita, ayah dia sakit. Selepas itu, hilang sudah kisah. Aku cuba contact, malangnya operasi telefon sahaja menemani deria pendengaranku. Dia tak pernah angkat, entah mengapa?

Mungkin ada masalah lain? Terlalu sibuk, dan kerana itu aku memilih berdiam diri.

"Hei, apa kau cuba buat!"

Tersentak aku. Tanganku ditepis kasar. Tidak cukup itu, bahuku ditolak sehingga aku tergalih sedikit ke hujung kerusi. Punggungku sipi-sipi sahaja nak mencium lantai.

Aku cepat-cepat betulkan duduk, senyuman girang aku lenturkan di bibir. Berpura-pura aku tak terkesam dengan tingkah kasarnya. Aku perlu kuatkan hati demi dapatkan Yusuff. Tak boleh lembik, kalau ini pun aku dah bersedih. Lebih baik dari awal aku hentikan permainan menawan hati dia. Aku akan buat dia ingat aku dengan perangai aku yang macam-macam. Dia pasti akan tertarik dengan aku. Penulis novel kut, aku banyak tips boleh gunakan.

"Apa saya buat? Hmm. Saya nak makanlah. Nak sikit Yusuff punya boleh? Sikit je, jangan kedekut dengan As. Kita kan bakal hidup sehidup semati, kenapa tak boleh berkongsi?"
Gulp. Aku tak hiraukan pandangan membunuh dia. Mataku bergerak ke depan, wajah Zulaikha masam mencuka. Bibir merah itu bergerak-gerak tetapi suara tak keluar. Mungkin dia kena sumpahan jadi bisu kut?

"What the hell! Kau fikir kau siapa, s***! Berhambus dari sini sebelum aku heret kau!" Dia menjerkah kuat, kerusi tempat aku duduk ditendang kakinya kasar. Aura dia kuat menakutkan aku. Aku merangkul jemariku, mengebalkan diri. Aku tak akan pergi selagi perempuan tak guna tu ada di sisi Yusuff.

"Kalau nak saya pergi, perempuan ni kena pergi. Boleh kan Yusuff?" Aku kerdipkan mata bersama senyuman bahagia kononnyalah, walaupun dalam hati dah kucar kacir. Risau juga muka aku kena makan penampar.

Matanya terbeliak, meja itu ditampar kuat.

"Yusuff, perempuan gila ni you kenal ke? Kenapa dia ni macam dah mental je."

What? Dia panggil aku perempuan gila? Ini dah melebih. Aku bangun, gelas berisi warna merah itu aku capai. Entah perisa apa. Memang nasiblah siapa kena mandi air merah ni. Aku campak air dalam gelas itu ke muka Zulaikha persis situasi dalam novel. Ah, power betul aku dah jadi watak antagonis. Ini kalau dijadikan cerita dalam novel aku komfem aku kena maki dengan pembaca.

Siapa suka watak antagonis yang akan menghancurkan hubungan cinta hero kacak bergaya dan heroin cantik bak bidadari kayangan seperti Zulaikha? Kebiasaan orang cakap Yusuff dan Zulaikha bersama, siapa cakap! Aku akan pisahkan mereka! Aku akan buat apa sahaja asalkan lelaki ini jadi milik aku buat selamanya.

"Argh!!! Apa ni!!! Habis muka I! Bie... Mekap I dah cair, dress I kotor! Omg! Apa masalah dia, Bie! Halau dia Bie! I hate! I hate this b***** girl!"

Tanganku ditarik kasar, dan tidak semena-mena dia heret aku entah ke mana. Degupan aku laju, mendapat apakah nanti? Kena sepak, kena terajang? Tak pun kena bunuh?

Ah, janganlah aku tak nak berada dalam cerita bergenre thriller.

Sampai di belakang toilet, ada tembok pemisah sedikit terlindung daripada pandangan orang. Tubuh aku dihempas ke dinding. Tudung aku direntap sehingga aku terdongak.

Tak sangka dia berkasar dengan perempuan. Kaki pukulkah dia?

Aku cuba capai tangannya, berusaha nak alih tangan dia. Rambut aku dah terasa pedih, sebelum ini mak dah rentap banyak kali rambut aku. Takkanlah Yusuff nak menambah kesakitan aku.

Mukaku didekati wajahnya, matanya merejam di dalam anak mataku. Pandangan benci itu aku tidak hiraukan, mak dah biasa menghantar kebencian untuk aku. Setakat kebencian Yusuff, aku boleh tahan. Aku tak kan tergugat dengan amarah dia. Tindakan aku tak salah pada dia. Aku ada hak nak dapatkan lelaki ini. Dia juga yang hadir singgah dalam hidup aku sebelum ini. Aku terlanjur ditenggelam lautan perasaan sayang buat dia. Apa boleh buat melainkan berusaha walau cara aku sedikit keterlaluan.

"Nama kau Asiah, right?" Hembusan nafasnya hangat, suara dia seperti berbisik. Perlahan tangannya meleraikan pegangan kasarnya tadi. Namun, kali ini daguku dipaut lembut. Tenungan dia semakin dalam. Aku keliru, kenapa marah dia macam dah hilang? Muka dia dah kendur sedikit.

"Ye, nama saya Asiah. Er, Yusuff panggil saya As je."

Dia tersenyum sinis, bibirnya bergerak merapati tepi telingaku. Aku terkesima, atau lebih tepat lidahku kelu. Macam bermimpi.

"Esok, 10 malam. Aku tunggu kau kat sini, As. But, ada syarat."

Jeda.

Aku nak tanya. Tapi aku terlampau excited, tak sangka sangat. Dia nak jumpa aku? Serius?

"Syaratnya, malam ni aku milik Zulaikha. Tolong jangan ganggu. But tomorrow, aku milik kau. Aku akan layan kau sorang je, Asiah. Kau boleh sabar, kan?"

Aku rasa nak terhenti nafas. Dia cakap dia milik aku? Ohmai, apakah ini?

"Hei, sayang. Do you hear me?"

Lututku longlai macam nak terjatuh. Lemah segala sendi. Dia panggil aku sayang?

"Ye, s...s...saya sssabar..." Tergagap aku jawab. Pipiku memerah setelah dia usik hidungku. Senyuman manis seperti tayangan percuma Yusuff hadiahkan pada aku. Aku tak dapat fikir apa-apa. Yusuff terlajak kacak.

"I will go now, As. Don't forget tomorrow."

...

Writer's comment : Yusuff ni mcm something je, kan?

Tuan Yusuff, Heartless Love (Ebook)Where stories live. Discover now