NA 1

100 4 0
                                    




NIA AISHA duduk termenung di sofa yang disediakan khas di dalam ofis dia. Dia menyandarkan badannya ke sofa putih yang empuk sambil jari telunjuk kanan itu memintal hujung rambutnya. Erm, rindunya dekat mummy dan daddy. Nak ke Perth buat masa ini tak boleh. Sibuk dengan kerja. Sudah 4 bulan dia tidak ke Perth untuk meluangkan masa dengan mummy dan daddy dia.

          Hampir 2 tahun mummy dan daddy menetap di Perth. Mummy terpaksa tinggal di sana untuk memudahkan mummy menerima rawatan di Perth. Mummynya Datin Sri Wanidah penghidap penyakit jantung. Tidak tahulah berapa lama lagi mummynya perlu untuk menerima rawatan di sana. Daddynya Dato Sri Qas Hamidi memang akan selalu berada di samping mummynya itu. Sekarang urusan syarikat ditadbirkan oleh abang longnya iaitu Umar Irsyad.

          Dia? Dia tidak berminat untuk bekerja di syarikat keluarganya itu. Dia lebih berminat dengan kerja dan minatnya ini, iaitu menjadi Pereka hiasan dalaman. Apa guna dia memiliki Degree in Design, Architecture, Art and Planning. Belajar jauh-jauh, bertungkus-lumus perah otak tak akan nak biarkan saja minat begitu.

          Daddy pun tak melarang dia dan memaksa dia untuk menguruskan Syarikat arkitek milik keluarganya itu. Lagi pun dia memang dah membuat perancangan awal-awal dengan Sofea untuk bersama-sama membangunkan NiaFea Design & Interior Decorations. Dia berusaha bersama dengan Sofea untuk menubuhkan syarikat hiasan rekaan dalaman sendiri. Sudah 5 tahun dia dan sofea menjadi pereka hiasan dalaman di syarikatnya sendiri. Perniagaannya juga mendapat sambutan yang baik.

          Masyarakat Malaysia pun tidak berapa kenal dengan anak bongsu Dato Sri Qas Hamidi. Hanya abang longnya saja yang dikenali di sini. Dia pun tak mahu mereka tahu siapa dia. Tiba-tiba iPhone miliknya berbunyi. Lantas, dia menjawab panggilan dari kakak iparnya itu.

          "Hello kak. Ya Isha ada dekat ofis ni.... Baiklah nanti Isha tolong ambil mereka... Pukul satu ya? Okey bye kak."

          Nia Aisha meletakkan semula telefon pintarnya itu di atas meja kaca. Kakak iparnya Kak Syakila menelefonnya meminta tolong untuk menjemput Anna dan Adila di taska.

 

          Anna dan Adila adalah pasangan kembar yang berusia 5 tahun. Anna dan Adila budak perempuan yang comel dan banyak keletahnya. Banyak mulut budaknya itu macam maksu dia. Hehehe. Maksu dia? Siapa lagi kalau bukan dia. Dia adalah anak bongsu daripada 3 orang adik-beradik. Yang pertama adalah abong longnya Umar Irsyad dan kedua adalah kak ngah dia Nia Imani yang sekarang bekerja sebagai Pensyarah di Auckland.

 

DUA orang kanak-kanak perempuan yang comel berlari-lari mendapatkan Nia Aisha yang sedang menunggu kepulangan anak buahnya itu di depan pintu pagar taska. Anna dan Adila terus ke arah maksu mereka.

          "Hai princess maksu ni, kenapa comel sangat hari ini?" Puji Nia Aisha kepada si kembar. Dia mengusap rambut kedua-dua anak buahnya itu.

          "Maksu ni, setiap hari Anna comel, Adila je ni yang tak secomel Anna. Betul tak maksu?" Jawab Anna yang petah bercakap itu.

          Adila yang dengar apa yang dikatakan oleh kakak kembarnya itu mencebik dan menjuihkan bibirnya.

          "Eh, apa ni Anna? Muka kita sama je, jadi kita punya comel pun sama. Betul tak maksu? Cuma Adila ni gonggak, gigi patah semalam. Kata mama nak tumbuh gigi baru." Adila menjawab dan sambil menunjukkan giginya yang sudah tidak ada itu.

          Haish, anak buah aku ni memang perasaan semuanya. Maksu dia lagi comel dan cantik. Hehehe.

          "Iyalah Anna dan Adila kan comel macam maksu. Maksu korang comel jadi anak-anak buah maksu pun comel jugak." Jawab Nia Aisha. Dia menutup pintu kereta setelah memastikan Anna dan Adila masuk ke dalam kereta.

          "Maksu, kenapa jemput kita orang hari ini? Maksu rindu eh kat kami?" Adila bertanya kepada maksunya itu. Dia yang duduk di bahagian belakang Nia Aisha menarik lembut rambut maksunya.

            "Eh tak ada masa maksu nak rindu kat korang. Mama ada hal tadi. Mama Adila pergi sekolah abang sebab ada mesyuarat untuk ibu bapa. Adila, jangan tarik rambut maksu. Nanti serabai rambut maksu."

          "Maksu, Anna laparlah. Jomlah pergi Sunway Piramid. Dekat sana ada favet food Anna Mc Donald." Pujuk Anna sambil menarik kemeja baju maksunya itu.

          "Aah, jomlah maksu, Adila lapar juga." Pujuk Adila pula, setuju dengan rancangan kakak kembarnya itu.

          Adoi, mereka ni ada saja kalau dengan aku. Pandai betul buat muka kasihan. "Okeylah, tapi bungkus jela erk? Kita makan kat rumah mama nanti." Balas Nia Aisha.

          "Alaaa tak nak. Makan kat sanalah. Please maksu. Lagi pun Anna dah lapar sangat ni." Rengek Anna dengan manja.

          Macam-macam hal anak buah aku ni. Ikut perangai siapalah agaknya. Ikut perangai Abang longnya kut tak pun kakak iparnya itu. Comel dan cantik je ikut maksunya. "Iyalah-iyalah, kita makan kat sana. Puas hati?"

          "Yeah...! Sayang maksu yang cantik ni." Serentak itu Anna dan Adila bersorak dengan seronok kerana permintaannya diturutkan oleh maksu dia.

          "Sedar pun korang ya yang maksu ni cantik. Mulai hari ini panggil maksu dengan panggilan 'Maksu cantik'tau?" Pesan Nia Aisha kepada anak-anak buahnya itu. Sengaja nak kenakan budak comel tu.

 Sengaja nak kenakan budak comel tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nia AishaWhere stories live. Discover now