PAPA nak kamu uruskan pertukaran tu secepat mungkin. Papa berminat dengan resort tu dan mereka dah setuju untuk serahkannya kepada kita. Segalanya papa dah minta Nizam untuk uruskan. Kamu tinggal pergi uruskan dengan syarikat pengubahsuaian je."
Tan Sri Borhan bersuara. Dalam nada yang lembut tapi cukup tegas. Dia tahu Mikael boleh melakukannya. Kalau tidak, tak mungkinlah selama beberapa tahun ni Syarikat Penerbangannya Sky Airlines semakin menempah nama di dunia. Lagipun syarikat penerbangan milik keluarganya itu satu amanat keluarga dan amat penting untuk teruskan usaha arwah bapanya itu. Dalam bidang perhotelan pula adalah usahanya sendiri. Dia berusaha dalam membina kerjaya dalam bidang perhotelan. Dari situ jugalah dia berjumpa buat kali pertama dengan isteri tercinta.
Anak lelakinya Mikael Zafran seorang yang serius bila bekerja. Ya dia tahu, hanya Mikael Zafran satu-satunya yang boleh membantu dia dalam perniagaannya. Nak di harapkan pada siapa lagi? Farra Hani anak sulungnya itu sudah bersuami. Masa banyak tertumpu kepada keluarga. Lumrah anak perempuan.
Setelah dia mengundurkan diri dari Sky Airlines, pemegang saham telah melantik Mikael sebagai Ceo di Sky Airlines. Dan saudara-saudara yang lain juga membantu Mikael dalam menjaga syarikat amanah keluarga itu. Buat masa ini, Tan Sri Borhan memerlukan bantuan anaknya di syarikat perhotelan sementara waktu. Dia juga meminta bantuan Mikael untuk menguruskan hal pertukaran hak resort di Port Dickson itu. Bukan dia mahu menyusahkan Mikael. Tapi, keadaannya yang tidak sihat ini terpaksa meminta pertolongan dari anaknya.
"Kenapa kali ini resort pula? Berbaloi ke pa? Kita juga ada hotel dekat sana." Mikael bersuara. Pelik mungkin dengan papanya itu. Kenapa berminat dengan resort itu pula? Mikael berteka-teki dengan diri sendiri.
"Papa berminat dengan resort tu. Lagipun, apa salahnya kita cuba majukan resort tu. Papa nak minta Mika settlekan urusan ubah suai resort. Pekerja-pekerja sana tetapkan saja. Kita tak perlu kacau periuk nasi mereka. Encik Kim nak berhijrah ke Korea dan urusan menukar milik resort itu kakak kamu dah uruskan. Ubah suai tu papa nak Mika yang urus. No excuse Mika."
"Baiklah pa. Nanti Mika akan tengok balik jadual Mika. Kak long tak boleh ke untuk uruskan ni pa?" Memang dia tak boleh lari kalau papa dah beri arahan.
"Baguslah kalau begitu. Kak long kamu sekarang sedang mengandung. Alahan dia kali ini macam teruk pula. Mama yang pesan kat papa jangan bagi kerja yang berat sangat kat kakak kamu tu. Minggu ni je dah tiga hari dia ambil cuti. Tak apalah. Kamu tolong papa uruskan ni. Lagipun, setakat ni Sky Airlines okey je, kan?"
"Tak apalah pa kalau macam tu. Aah okey je setakat ni. Alhamdulillah semua berjalan lancar." Jawab Mikael. Memang sekarang ini tiada masalah di syarikatnya. Bolehlah dia nak membantu dalam syarikat perhotelan papanya itu.
Tan Sri Borhan sudah mengangkat punggung untuk beredar dari situ. "Okeylah Mika. Papa nak balik makan. Mama dah pesan suruh papa makan kat rumah tengah hari ni. Papa balik dulu." Tan Sri Borhan memegang lembut bahu anaknya itu, kemudian dia terus berlalu pergi dari bilik Mikael Zafran.
Mikael hanya tersenyum dan mengangguk. Dia melihat bapanya itu keluar dari pintu biliknya sehingga hilang.
"ALLAHUAKBAR!!" Mengucap panjang Mikael dalam keretanya.
Fuh, Nasib baik sempat. Mamat motosikal ni kenapalah tiba-tiba je berhenti mengejut? Kalau tak sempat tadi dah jahanam bumper depan kereta aku. Bebel Mikael sendiri. Mulutnya masih terkumat-kamit kerana masih tidak puas hati dengan penunggang motosikal Suzuki GSX1250FA.
YOU ARE READING
Nia Aisha
RomanceCinta pandang pertama. Kisah Nia Aisha yang jatuh suka pada kali pertama terhadap Mikael Zafran lelaki yang sejuk beku dan kasar apabila dengannya.