NA 3

64 3 0
                                    

MANA purse aku hilang ni? Aduh. Semua kad, duit ada dalam tu. Kunci kad kondo aku pun ada kat situ. Macam mana aku nak masuk rumah. Nak balik ke rumah keluarga dia dah jauh pula.

"Mana kau ni?" Keluh Nia Aisha sendiri. Mana aku letak tadi ya. Nia Aisha cuba untuk mengingat semula. Ada tadi masa aku bayar rawatan dekat klinik. Masa masuk kereta mamat tu pun aku bawa sekali dan aku letakkan di sebelah aku. Selepas itu, aku balas pesanan Sofea. Kemudian, aku tiba di tempat motosikal aku diparking tadi.

Tidak tidak! Jangan kata tertinggal dalam kereta dia dahlah! Nia Aisha sudah kekalutan. Dia tak kenal pun lelaki tu dan nombor lelaki itu pun dia tak ada. Macam mana dia nak pastikan purse dia itu tertinggal di dalam kereta lelaki yang menjengkelkan tadi? Nasib baik aku suka kau, kalau tak dah aku luku-luku kepala kau! Gumam Nia Aisha geram.

Matilah macam ni. Nak report ke? Susahlah nanti. Harap sangat lelaki tu jumpa dan segera hubungi dia. Tiba-tiba........

Telefon bimbit Nia Aisha berbunyi. Nia Aisha dengan kalutnya segera mengeluarkan telefon itu di dalam poket seluarnya. Siapa ni? Soal Nia Aisha sendiri. Mungkin lelaki tu tak. Dengan kadar segera dia menjawab.

"Hello, Nia Aisha?" Mikael bertanya setelah panggilannya itu dijawab.

"Ya saya. Siapa ni? Awak ke lelaki yang bawa saya ke klinik haiwan tu tadi?" Nia Aisha terus bertanya. Tidak menyempat langsung.

"Huh, iyalah aku ni. Kau memang suka menyusahkan aku kan? Sekarang ni kau punya dompet tertinggal pula dalam kereta aku." Bebel Mikael. Geram dengan gadis yang bernama Nia Aisha itu.

Mana taknya. Sampai saja di kondonya tiba-tiba pandangannya silau pula. Ada benda silau di tempat duduk sebelah pemandu itu. Seperti berkilat-kilat. Mikael pun ambillah benda yang telah menganggu matanya itu. Rupa-rupanya purse. Dia pun segera buka untuk melihat siapakah pemilik purse tersebut, walaupun dalam fikirannya dia sudah dapat meneka siapa pemilik purse yang menyakitkan mata ni.

Dia pun melihat apa-apa yang patut di dalam itu.Ada duit, kad debit, kad kredit, kad pengenalan dan segala macamlah. Tapi Mikael tidak hairan dengan semua itu. Malas.

Mikael hanya mengeluarkan kad nama. Ya kad nama yang berwarna merah putih. Kad nama itu tertera nama si gadis, Nia Aisha. Mikael hanya meneka saja mungkin itu nama si gadis gedik. Dan nombor yang tertera di kad nama itu diambil. Mikael membaca nama syarikat itu NiaFea Design & Interior Decorations.

Oh, pereka hiasan dalaman perempuan ni. Bisik hati Mikael sendiri.

"Nasib baiklah ada kat awak. Boleh tak awak pulangkan semula pada saya. Sekarang ni kad kunci kondo saya ada dalam tu. Saya tak dapat masuk rumah ni. Penduanya pula ada dalam rumah." Bagitahu Nia Aisha. Dia cuba bersuara lembut untuk meminta simpati lelaki yang sedang berada di hujung talian ini.

Mikael tersedar dalam lamunan ketika mengingati bagaimana dia mendapatkan nombor Nia Aisha setelah si gadis bersuara di hujung talian. Memang suka menyusahkan akulah perempuan ni. Bala apa aku dapat hari ini agaknya. Aku dah sampai kondo aku juga, baru rasa nak berehat. Esok dah nak ke Jakarta.

"Okey. Kau tinggal kat mana?" Mikael cuba untuk mengalah. Kasihan dekat perempuan ini mungkin. Iyalah, nanti tak dapat masuk rumah pula.

Alhamdulillah. Baik juga mamat ni. Puji Nia Aisha sendiri. "Saya tinggal dekat kondominium Park Seven. Tingkat 9." Bagitahu Nia Aisha. Dia cukup bersyukur kalau lelaki itu ingin membantunya.

Mikael menjeling jam di pergelangan tangan kirinya itu. Sudah pukul 8 malam. "Okey. Aku ke sana. Tunggu." Pesan Mikael. Kondo gadis itu hampir dengan rumah keluarganya. Tak mengapalah. Dia bermalam di rumah keluarganya saja malam ini.

Nia AishaWhere stories live. Discover now