NA 5

84 3 0
                                    

SOFEA meneguk air mineral yang berada di tangannya itu. Panas betul cuaca hari ini. Padahal jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Pagi tadi pun dia dan Nia Aisha keluar dari hotel pada pukul 9 pagi. Selepas sarapan, mereka terus menjalankan tanggungjawab kerjanya itu.

Nia Aisha sedang leka melihat lukisan yang berada di hadapannya itu. Mencari citarasa yang diinginkan oleh pelanggannya. Sesekali itu tangannya gatal cuba untuk menyentuh lukisan yang pada pandangan matanya itu sangat cantik. Tangan memang tak boleh duduk diam!

"Bu, mahu tanya ni... Lukisan ini sudah berapa lama?" Tanya Nia Aisha kepada seorang wanita yang dalam lingkungan umurnya 40-an mungkin.

Sofea yang mendengar Nia Aisha bersuara itu segera menghampiri kawannya. Tumpuannya diberikan ke arah Nia Aisha. Dia juga melihat lukisan yang sedang ditunjukkan oleh Nia Aisha. Cantik. Desisnya dalam hati.

Nia Aisha memang pandai memilih bab-bab lukisan yang unik ini. Nia Aisha juga sebenarnya minat melukis. Tapi dia lebih memilih dalam mereka hiasan dalaman. Kira melukis jugalah tu.

"Lukisan ini kiranya hampir sudah 70 tahun juga. Pemilik sebenarnya orang kaya di daerah ini. Anak jati dari Bandung." Terang wanita itu yang diberi nama Suria.

"Oh begitu. Tapi kenapa ya mahu dijualnya? Sayangkan Pea, cantik ni." Ujar Nia Aisha pula. Lukisannya terdiri daripada warna cat air. Lukisan yang dilukiskan dan memberi satu pemandangan yang unik pada mata Nia Aisha. Lukisannya menunjukkan sampan yang sedang dinaiki oleh dua orang nelayan sedang menjala ikan.

Sofea hanya mengangguk tanda setuju dengan Nia Aisha. Memang cantik gaya lukisannya.

"Saya tidak tahu mengapa. Tetapi non, lukisan ini telah dijual oleh anak pemilik kepada pelukis ini. Pelukis ini pun sudah meninggal dunia. Antara sebab mengapa lukisan ini dijual saya tidak tahu. Yang saya dengarin mungkin sebab anak cucunya sudah merantau ke luar kota Eropah."

Nia Aisha mengangguk mengerti.

Suria pasti lukisan itu sudah 70 tahun. Dan anak pemilik lukisan itu telah menjualnya pada 3 tahun yang lepas. Jadi, kedainya dengan senang hati ingin membeli dan menjualkannya kembali. Sudah tentu dapat dengan harga yang lumayan. Siapa yang tak mahu untung dalam berniagakan?

"Okey. Kau macam mana Pea? Setuju dengan lukisan ini? Nanti lagi dua kita pergi dekat kedai hujung selekoh sana." Nia Aisha bertanya pada Sofea. Sekurangnya dia perlu juga meminta pendapat Sofea.

Sofea mengangguk dan membuat tanda isyarat OK. Dia pun tak mahu nak berlama-lama di sini. Panas betul cuaca. Sesekali dia membetulkan skirt labuhnya itu.

"SAYA harap dalam masa 6 bulan diberi, semua ini dapat diselesaikan. Saya rasa tempoh yang diberi sudah lebih daripada cukup. Betul tak Pak Rusdi?"

Tanya Mikael kepada lelaki yang berada berhadapan dengannya itu. Dia terpaksa menguruskan hotel di Jakarta ini. Ada sebahagian pengurusan yang tidak berapa jelas perlu dia selesaikan. Sepatutnya kak longnya yang perlu ke sini. Tapi dah kakaknya tidak berapa sihat, dia pun ambil alih untuk sementara waktu.

Lelaki yang bernama Pak Rusdi itu mengangguk seperti setuju dengan apa yang dikatakan oleh Mikael.

"Ya pak. Saya setuju. Masa yang diberikan oleh bapak amat cukup. Bapak jangan khuatir, saya akan cuba sebaiknya." Ujar Pak Rusdi.

Mikael yang mendengar pun senang hati. Selesai juga kerjanya itu.

"Oh ya bapak Mikael. Saya baru ingat pesanan sama tuan saya. Dia menjemput bapak untuk ke ulang tahun syarikatnya pada esok malam di Bandung." Bagitahu Pak Rusdi. Dia telah diberi pesanan oleh bos besarnya untuk menjemput bapak Mikael ini ke majlis ulang tahun syarikat di Bandung.

"Ya saya tahu Pak Rusdi. Tadi saya ada call juga sama Tuan Wisnu. Dia ada menjemput saya. Dia tidak dapat hadir hari ini dan menggantikan kamu. Tengoklah macam mana, kalau saya tak begitu sibuk, saya akan pergi ke majlis itu." Ujar pula Mikael. Dia sudah tahu akan majis itu.

Malas sebenarnya dia mahu pergi. Tapi tak elok juga kalau tak pergi. Lagipun Tuan Wisnu pun rakan papanya juga. Sekarang pun dia di Jakarta. Memang malas nak ke Bandung. Tapi kalau nama pun sudah mahu menjaga hati rakan perniagaan, apa salahnya. Dia tidak mahu berjanji. Dia hanya mampu mencuba untuk hadirkan diri.

"HARI tu, aku kemalangan kecil. Aku terlanggar kucing. Masa aku tunggang motosikal abang aku hari tu...." Cerita Nia Aisha. Sambil itu dia menarik tangan Sofea untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan yang berhimpit-himpit dengan orang ramai. Eeee, rimas aku!

"Kucing tu matilahkan? Alaaa dahlah Nia, aku tahu kau sedihkan kucing tu mati. Lagi pula kau yang langgar. Dah ajal dia. Kau doalah semoga dia dapat berjumpa keluarga dia kat syurga nanti. Kau doa juga supaya dosa kau membunuh binatang diampunkan." Balas Sofea selamba.

Kucing mati pun nak cerita! Alahai Nia, aku tahulah kau ni pencinta kucing macam Umi aku tu.

Nia Aisha geram dengan Sofea. Ishh! Aku belum habis cerita lagi dia dah main cakap je! Perangai memang tak berubah betul!

"Aku belum habis ceritalah ngek!" Bagitahu Nia Aisha. Tangannya sudah ditepek ke dahi. Pening layan sikap acuh tak acuh Sofea ni.

"Dah tu ada sambungan bersiri ke?" Tanya Sofea dengan wajah bodohnya.

"Ada. Dan kau dengar ni baik-baik." Nia Aisha pun memulakan cerita itu. Sehingga cerita yang Mikael ke kondonya dan memulangkan purse dia itu. Dalam sedar dia tersenyum membayangkan seraut wajah yang kacak tapi wajah itu amat laaa menjengkelkan.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nia AishaWhere stories live. Discover now