MIKAEL dengan tergesa-gesanya menurun tangga rumah banglo agam milik keluarganya. Dia perlu cepat. Penerbangan dia ke Jakarta pada pukul 11 pagi. Sekarang sudah pukul 8 pagi. Mikael meletakkan beg bajunya ke sisi tangga.
Mikael terus ke meja makan. Dia menghampiri Puan Sri Faridah yang sedang menyediakan sarapan di atas meja makan keluarga itu. Dia memeluk bahu mamanya dan mencium pipi mamanya itu.
"Hai mama. Morning." Ucap Mikael.
Puan Sri Faridah hanya menjeling manja saja ke arah anaknya itu.
"Morning." Balas Puan Sri Faridah. Dia masih sibuk menghidangkan makanan di atas meja makan mewah yang memuatkan 12 orang itu.
"Kamu mimpi apa ni Mika balik rumah? Dah dekat sebulan mama tak nampak batang hidung kamu nak jejak rumah ni." Bebel Puan Sri Faridah.
Mikael Zafran anaknya ini memang payah nak pulang ke rumah. Bila ditanya katanya sibuk. Itu sajalah alasan. Kerja dengannya memang tak dapat dipisahkan.
Mikael yang sudah selamat duduk di kerusi meja makan itu hanya menayangkan wajah selambanya. Wajah tak ada perasaan. Inilah kalau pulang ke rumah, ada saja sindiran yang tak pernah habisnya ni.
"Mama ni, tak ada perkara lain nak sindir Mika. Mika balik sekejap je ni. Kejap lagi Mika nak terbang ke Jakarta. Ada kerja dekat sana."
Mikael hanya menyeduk sedikit saja mee goreng ke dalam pinggannya. Dia nak cepat untuk ke sana. Dia hanya meminta pemandu papanya menghantarkannya ke KLIA nanti. Kalau lambat pun tak salah, Sky Airlines milik keluarganya. Tapi dia bukan seorang yang suka ambil kesempatan atas kesenangan sendiri. Boleh saja dia minta penerbangan perseorangan hanya untuk dia. Tapi malaslah. Sekalikan aje terbang saing dengan mereka yang lain.
Puan Sri Faridah melabuhkan punggungnya duduk di kerusi bersebelahan anak lelakinya itu. Dia mencubit pergelangan tangan kanan Mikael. Geram sungguh dengan anaknya. Kerja kerja kerja, itu saja!
"Kamu ni Mika asyik dengan kerja kamu je. Tak penat ke nak? Pergilah bercuti ke rehatkan diri kamu tu." Ujar Puan Sri Faridah lagi. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya. Bertuah punya anak.
Setelah pasti kopi yang minum sudah pun ditelan habis. Mikael pun mula bersuara.
"Iyalah mama. Nanti kalau tak sibuk Mika pergilah bercuti. Tak pun duduk je dekat rumah pun dikira berehat jugakan ma?" Sambil itu dia mengosok-gosok pergelangan tangan yang dicubit oleh mamanya itu.
Okeylah maa. Mika dah nak gerak ni. Mika minta Pak Mat yang hantar ke KLIA."
Tanpa menunggu balasan dari Puan Sri Faridah itu, Mikael terus menyalam tangan mamanya dan berlalu dengan segera. Tak mahu berlama-lama. Baik pergi cepat. Nanti ada saja yang nak ditambahkan lagi bebelan mamanya itu.
"Huh mulalah nak lari tu. Macamlah mama tak tahu perangai kamu ni. Iyalah. Baik-baik di sana tu nanti." Pesan Puan Sri Faridah. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Masuk pagi ini entah berapa kalilah dia mengeluh dan menggelengkan kepalanya. Pening dengan sikap anak lelakinya itu.
"PEA, kau ambil akulah dekat kondo hari ini. Grey nanti hantar dekat rumah umi kau eh? Tiga hari aku dekat sana nanti tak ada siapa yang nak beri makan dan bersihkan dia." Bagitahu Nia Aisha.
Dia meminta izin untuk meninggalkan Grey kucingnya itu ke rumah uminya Sofea. Umi Sofea je yang boleh jaga elok-elok. Ini kerana umi suka akan kucing. Samalah dengannya. Kalau Sofea tu? Aish bukan takut, tapi geli katanya dengan bulu kucing.
YOU ARE READING
Nia Aisha
RomanceCinta pandang pertama. Kisah Nia Aisha yang jatuh suka pada kali pertama terhadap Mikael Zafran lelaki yang sejuk beku dan kasar apabila dengannya.