PROLOG

1.1K 83 17
                                    




Prolog

Mungkin konsep jatuh cinta pada pandangan pertama itu tak mungkin ada. Bagaimana mungkin seseorang yang baru berjumpa pertama kali boleh mengatakan "Aku cinta padamu."

Aku Nia Aisha jatuh suka pada dia. Pertemuan pertama kami bagiku satu pandangan mata jatuh ke hati.

Tidakku sangka pertemuan itu rupanya berkali-kali. Sejak itu aku terfikir adakah itu yang dipanggil jodoh?

Andai saja ada yang mengajarkanku tentang bagaimana rasanya pertama kali jatuh cinta, akanku mulai dengan mencintai dia untuk pertama kalinya dan jika cinta itu berbalas, akanku harap cinta ini selamanya.

Baru kiniku sedar. Layakkah aku untuknya? Aku yang penuh dengan kekurangan diri ini bolehkah untuk bersamanya?

"Yang baik untuk yang baik." Baikkah aku untuknya? – NIA AISHA

Beribu kata tak mampu kutulis. Beratus warna tak mampu kulukis. Seluruh rasa telah hilang hanya dengan egoku seorang.

Dia wanita yang muncul. Ku cuba hapus jejak dia. Senyumannya kuredam. Sentuhannya kuhapus. Kalau bisa hatinya ingin aku pulang.

Aku tidak mahu perasaan ini bertandang. Kerana bukan dia wanita yang menjadi idaman. Tetapi, dia yang menyinari seperti mentari dan menangkap hatiku perlahan-lahan.

Aku diamkan rasa yang sudah bertempat di hati. Aku rahsiakan... dan akhirnya aku yang memakan diri.

Aku berasa ada yang hilang tanpa tahu apa yang sudah aku temukan. Dia pergi kerana egoku. Aku merasa kehilangan sejak itu dan benar kata orang kita sedar saat kita kehilangan dia. – MIKAEL ZAFRAN

****

Do support my works! Thanks readers. Who follow my old story CINTA AT THE FIRST SIGHT must know really well who is Nia Aisha. She welcome back to readers. But now una tukar tajuk kepada NIA AISHA. Mungkin CATFS dah lama tenggelam yelah story about 2015 mula2 una berkecimpung dalam dunia wattpad. But now i ready to complete this story very well. Una tahu pembaca2 yang dulu pun turut tenggelam hilang. Tetapi siapa yang ada dan sudi boleh follow semula cerita ini.

Not overall part i publish here. Maybe InshaAllah NIA AISHA will be booked. Una dah mula hantar this story untuk dinilai. Feedback yang una dapat setakat ini 3 daripada 4 editor setuju dan seorang saja tidak berapa setuju dan minta una olah semula cerita. But not overall i changed. Few for a good maybe. Untuk kebaikan Nia Aisha. hahah. Sebab dia cakap Nia terlalu gedik dalam this story. But it's okay. I try my best. loveyou.

Nia AishaWhere stories live. Discover now