Relax

588 32 5
                                    

"FANG! CEPAT BALING BOLA DEKAT SINI!"

Fang melantun-lantun bolanya sambil berlari ke arah ahli pasukannya. Dia baling bola tersebut ke arah ahli pasukannya. Bola itu disambut begitu baik sekali. Para penonton memberikan sorakan semangat kepada pasukan mereka. Fang tidak mahu melihat pasukannya kalah di dalam perlawanan bola keranjang. Di sebalik penonton dari para pelajar sekolah rendah Pulau Rintis, terdapat seorang budak asyik melihat aksi-aksi Fang. Setiap kali Fang menjaringkan gol, Rizu akan berikan satu tepukan ataupun dia meloncat-loncat kerana terlalu teruja. Fang tidak tahu tentang kewujudan budak itu. Yaya kenal budak kecil itu kerana dia selalu nampak Rizu duduk berseorangan di bawah pokok sambil melukis di buku lukisannya

"Abang Fang! Abang Fang! Abang Fang!" Rizu tidak putus-putus menjerit nama Fang

Yaya ketawa kecil melihat gelagat budak kecil itu. Lalu dia kembali menonton perlawanan itu. Bola ta, kini sudah kembali di tangan Fang. Dia melompat sedikit pada tiang gol. Sang alien itu membuat percubaan menjaringkan gol tetapi gagal. Bola itu terkena tepi dan lalu melantun ke tempat lain. Fang kelihatan kecewa sedikit. Dia sebolehnya, tidak mahu kalah di dalam perlawanan itu

"Fang! Jangan mengalah!" jerit Boboiboy

"Fang! Jaringkan gol lagi!" kata Ying

"Yea Fang, jangan nak malukan kawan-kawan kau" kata Gopal sambil memamah karamel popcorn

"Isk kau ni Gopal" marah Yaya "Cubalah bagi dia kata-kata semangat"

"Ala Yaya, kata-kata semangatlah tu" Gopal tersengih sedikit

Boboiboy hanya mampu mengelengkan kepala. Tiba-tiba satu sorakan dan tepukan gemuruh membuatkan perlawanan itu menjadi lebih hangat dari para penonton. Pasukan Fang berjaya menjaringkan gol. Fang tersenyum bangga dengan ahli-ahli pasukannya. Lagi beberapa minit sebelum perlawanan itu berakhir. Fang tidak putus semangat walaupun mata mereka sudah jauh kedepan. Pasukan dia tidak boleh terlalu selesa sangat. Apa-apa sahaja boleh terjadi. Fang berlari ke depan sambil mengangkat kedua-dua tangannya. Dia melambai-lambai ke arah pasukannya. Bola itu dibaling dan disambut baik oleh Fang. Lalu dia bertindak dan maju ke depan. Hanya tinggal 2 minit sahaja. Dia melantun-lantun bolanya dan lalu melontar bola itu ke tiang gol. Salah seorang pasukan pihak lawan, berjaya menepis jaringan itu. Dia menampar bola tersebut. Fang agak geram. Dia berlari ke belakang bersama-sama dengan sepasukan perjuangannya. Pihak lawan cuba menjaringkan gol. Fang memerhatikan bola itu dilempar ke sana ke sini dalam masa yang pantas. Tiba-tiba bola tersebut berjaya dicuri oleh ahli pasukannya. Fang mula bertindak. Bola itu terus dilontarkan ke arah Fang. Dia sambut begitu baik. Lalu dia maju ke depan dan lemparkan bola itu ke arah ahli pasukannya. Bola itu berjaya disambut. Dia meloncat dan cuba menjaringkan gol. Salah seorang pihak lawan menampar bola itu daripada masuk ke dalam gol. Fang melompat dan menampar balik bola itu. Lalu bola itu masuk ke dalam gegelung gol

"YEAHHHHH!" Menjerit Boboiboy dan para penonton yang lain

"ABANG FANG! ABANG FANG! ABANG FANG!" Rizu melompat-lompat kegembiraan

Fang tidak berhenti di situ sahaja. Bola itu sekarang berada di dalam pihak lawan. Fang mengejar bola itu tetapi akhirnya, pihak lawan dapat menjaringkan gol. Tinggal beberapa saat sahaja sebelum tamat. Masa begitu pantas sekali. Kali ini bola dikawal oleh pasukan Fang. Dia melompat dan menyambut bola itu. Lalu dia baling ke arah ahli pasukannya yang berada dekat dengan tiang gol. Bola itu terus dilempar masuk ke dalam gol dan akhirnya, masa sudah tamat. Pasukan Fang menang di dalam perlawanan itu

"YAHOOO! KITA BERJAYA!" Ying melompat-lompat bersama dengan Yaya "Wah! Dasyat betul dia orang main"

"Hehehe... pasukan kita memang sangat berbakat" kata Yaya

Aku Abang, Kau Adik - RandomWhere stories live. Discover now