Rifqi

146 17 32
                                    

"Abang Fang. kita nak pergi mana?"

"Nak pergi tengok movie lah! Hari ni abang belanja Rizu!"

"WAH! BESTNYA!"

Rizu meloncat-loncat di tepi jalan kerana tidak sangka hari ini dia dapat menonton wayang dengan abang angkatnya dan paling penting sekali, dia tidak perlu bayar. Tersenyum Rizu sambil melihat abang angkatnya. Agaknya, abang angkat dia belanja popcorn juga ke? fikir Rizu. Sedapnya jikalau dapat makan popcorn karamel dan minum ais lemon tea sekarang ini. Makin terasa tekak Rizu

"Dey! Kau belanja Rizu seorang sahaja ke?" muncul Gopal dengan muka nakalnya

"Apasal aku perlu belanja kau pula?"

"Sebab kita kan kawan baik kau" kali ini Boboiboy pula yang muncul "Lagipun aku dan Gopal dah lama nak tengok movie baru Minion"

Gopal dan Boboiboy berikan senyuman paling lebar sampai nampak gigi kepada Fang. Sang alien itu berapi dengan dua kawan baik dia. Lalu Fang menarik nafas dan tenangkan dirinya. Lalu dia menjerit kepada kawan-kawannya

"TAK BOLEH!" kata Fang dengan tegasnya "No! NO! NO! and NO!"

"Apa punya kawan daaa.. langsung tak nak belanja kawan sendiri" kata Gopal. Lalu dia ambil tangan Boboiboy dan heret dia jauh daripada Fang "Jom Boboiboy, kita pergi kedai Tok Aba. Kita jangan kawan dengan si alien ni selama sebulan! Tak pun setahun!"

"Errr.. lama betul sampai setahun tu"

"Ala Boboiboy, entah-entah tak sampai setahun pun. Esok-esok mesti dia cari aku.. hahaha" ketawa Fang seperti bangga dengan sesuatu "Tapi..."

"Tapi apa?" Gopal ragu-ragu apa yang Fang ingin sampaikan "Apa yang tapi tu?"

"Tapi kalau kau nak aku belanja kau tengok wayang. Kau kena belanja aku dan Rizu makan pizza" Fang terus berikan senyuman sinis dia kepada Gopal "Macam mana? Ok tak syarat aku?"

"Aik, tak kan Gopal sorang aje? Aku macam mana?"

"Ala, kau budak baik. Ada masa kau mesti belanja kita orang tapi si Gopal ni, tak pernah-pernah nak belanja kita orang makan ke, tengok movie ke, pergi berhibur dekat taman tema ke.. atau mana-mana jelah. Yang pasti, dia yang selalu mintak orang lain belanja. Betul tak?"

Boboiboy mengusap dagunya sambil fikirkan balik sebelum-belum ini sepanjang persahabatan dia dengan Gopal. Selalunya si Gopal akan lapar, cari makanan dulu atau selalu fikirkan tentang makanan. Kalau bab suruh orang lain belanja, Gopal lah juara

"Betul juga cakap kau Fang" kata Boboiboy sambil angguk kepalanya "Hah Gopal, bila nak belanja kami semua"

"Cheh, kau sudah termakan kata-kata Fang tadi! Tak nak kawan dengan kau juga!"

Boboiboy, Fang dan Rizu ketawa di situ melihat Gopal buat muka merajuk. Tiba-tiba muncul satu gelakan. Ianya seperti seorang gadis sedang gelak-ketawa. Mata masing-masing melirik ke arah gadis itu. Lily muncul dengan beg penuh bungkusan-bungkusan kerepek pisang

"MIAHAHAHAHAHA! Buruk bebenar si Gopal ni merajuk. Kalau landak merajuk, mesti lagi buruk dan lagi busuk! Kalau BBB-CHAN, mestilah nampak comel" Mata Lily berkelip-kelip kepada Boboiboy "BBB-CHAN! Lily datang nak bagi kerepek pisang dekat BBB-CHAN!"

"Errr.. terima kasih" ucap Boboiboy sambil tersengih

"Apasal kau tiba-tiba ada dekat sini?" soal Fang dengan nada tidak puas hati "Apasal kau tak join kawan-kawan kau? Apasal kau suka sangat nak hancurkan hari bahagia aku?"

"Sebab Lily sukalah! Hehehehe... kalau landak tak mengamuk, memang tak sah bukan landak. Jadi Lily sebagai kawan paling sejati.. LILY AKAN SENTIASA BUAT HAR-HARI LANDAK MENGAMUK!" kata Lily dengan penuh bangga "Ala, landak jangan risau sebab bila dapat donut lobak merah, terus landak tak mengamuk"

Aku Abang, Kau Adik - RandomWhere stories live. Discover now