Pantai

266 22 9
                                    

Hari ini, Fang dan rakan-rakan dia akan pergi berkelah di tepi pantai. Sepupu Fang iaitu Faye, akan turut menyertai mereka. Faye berasal dari planet lain. Faye juga akan membawa kawan barunya iaitu Lily. Mereka berdua sangat rapat. Boleh dikatakan mereka adalah kawan baik. Fang tidak sangka sepupu dia boleh berkawan dengan seseorang yang suka buat dia naik angin. Bukan itu sahaja, perangai pelik Lily selalu membuatkan Fang rasa menjengkelkan. Adakalanya, dia mahu sahaja hentam Lily. Semasa Fang dan kawan-kawan dia tiba di tempat perkelahan mereka, mata dia membulat besar

"Errr... apasal lawa sangat tempat kelah kita orang ni?" Fang melirik matanya ke arah Faye

"Ini mesti sebab KAWAN KU FAYE NAK BAGI LILY BERDATING DENGAN BBB-CHAN! Betul tak betul tak?"

Faye ketawa sedikit. Kawan-kawan dia dan juga sepupu dia, agak terpegun dengan kecantikan tempat perkelahan mereka. Sebuah meja bulat pendek berada di atas tengah-tengah permukaan tikar. Terdapat bantal kecil berbentuk bulat tersusun cantik dibahagian tepi meja tersebut. Di atas meja pula, ianya sudah siap di alas dengan kain putih renda. Sebuah kek chocolate cheesecake sudah dipotong kecil-kecilan, tersusun cantik di dalam bekas makanan. Ada dulang bertingkat yang dihiasi dengan pelbagai pencuci mulut. Air jus oren sudah tersedia di dalam botol kaca. Ada bakul rotan ditepi meja tersebut. Muffin-muffin didalam bakul tersebut, telah ditutupi dengan kain kecil. Yaya dan Ying melihat tempat berkelah mereka. Mata mereka terkedil-kedil melihatnya. Di dalam hati mereka rasa malu sedikit kerana mereka hanya membawa kuih-muih dan beberapa kepingan sandwich. Makanan yang Faye bawa pula, agak mewah. Hati Gopal mula berbunga-bunga melihat makanan itu

"Wah! Faye ke yang buat semua ni?" soal Boboiboy

"Sudah tentulah!" kata Faye dengan penuh ceria "Perkelahan kita mestilah nampak fancy! dan paling penting sekali.. BERSUKA-RIA! dan dan.. lagi satu.. KAMERA! BOLEH TANGKAP GAMBAR KITA BANYAK-BANYAK SEBAGAI KENANGAN!"

Faye keluarkan kamera kecilnya dari beg galas dia. Gambar pertama dia tangkap adalah tempat perkelahan mereka. Faye menjemput mereka duduk, sementara dia pula, pergi memasang khemah di belakang tempat berkelah mereka. Gopal terlalu teruja, dia menjadi orang pertama yang duduk di tepi meja bulat itu. Tangan dia tidak tahu makanan mana yang dia perlu cuba dahulu. Adakah dia perlu cuba merasai chocolate tart terlebih dahulu ataupun bluberry muffin? Kalau boleh, dia mahu sumbat semuanya di dalam mulut

"Gopal, cuba kau try chocolate enclair ni. Sedap!" kata Faye secara tiba-tiba

Tangan dia mengambil satu pastri panjang yang disaluti dengan chocolate pada bahagian atas, lalu dia berikan kepada Gopal. Dengan seiklhas hati, Gopal menerima pastri itu dengan baik. Lalu dia berikan satu gigitan terhadap pastri tersebut. Dia kunyah secara perlahan-lahan, lalu dia telan. Wajah mukanya berubah menjadi berseri-seri

"SEDAPNYA!" kata Gopal

Faye tersenyum suka kerana dia suka melihat kawannya menikmati makanan tersebut

"Kau buat ke semua makanan ni?" soal Yaya sambil meletakkan bekas kuih-muihnya di atas meja bulat itu

"Hehehe..." Faye rasa malu pula "Sebenarnya.. aku beli aje makanan ni. Aku tak reti nak buat semua makanan ni" Lalu dia tersengih

"Aiyaa.. ingat lu buat tapi takpe maaa.." kata Ying. Dia tidak mahu buat Faye hati tersinggung "Janji ada makanan untuk kita semua!"

"Terima kasih Ying" Faye masih lagi dengan perasaan malu "Aku ada juga suruh sepupu aku masakan sesuatu tapi dia malas nak buat"

"Isk isk isk.. pemalas betul si landak ni" Geleng kepala Lily

Hati Fang mula rasa panas. Tangan dia sudah bersiap sedia untuk menghentam Lily tetapi dia tenangkan dirinya. Mata dia terpandang beg plastik putih di tangan kanan Lily. Lalu dia soal sang remaja itu

Aku Abang, Kau Adik - RandomWhere stories live. Discover now