Waktu Rehat

785 45 1
                                    

Loceng sekolah sudah berbunyi. Para pelajar berpusu-pusu keluar dari bilik darjah untuk pergi berehat. Gopal seperti biasa, orang pertama yang sampai di kantin sekolah. Hari ini dia terlalu lapar, sampai pelbagai makanan dia beli. Boboiboy hanya bawa bekal yang disediakan khas dari Tok Aba. Yaya dan Ying pula, mereka pergi ulangkaji di tempat lain. Sesudah sampai di kantin sekolah, Fang agak terkejut melihat abangnya duduk di kerusi kantin sekolah seorang diri. Fang berjalan terus ke arah abangnya

"Apa abang buat dekat sini? Abang menghendap adik ke?" soal Fang dengan muka tak puas hati

"Kau tak suka ke aku ada dekat sini?" Kaizo pula menyoal adiknya

"Hmmm... tak tahulah perasaan adik" balas Fang "Nak kata suka, entahlah. Nak kata tak suka pun, entahlah"

Boboiboy agak kecewa dengan jawapan dari kawan baiknya. Kaizo tidak mengamuk. Dia hanya diamkan diri kerana malas hendak bergaduh dengan adiknya

"Kau janganlah begitu, Fang. Aku pasti yang Kapten Kaizo datang ke sini sebab nak jenguk-jenguk kau. Dia sayangkan kau"

"Hah betul tu. Cuba kau dengar cakap kawan kau si Boboiboy ni"

"Yelah abang" kata Fang. Lalu dia duduk di sebelah abangnya "Abang tadi buat apa? Abang tak duduk dekat sekolah adik dari pagi tadi kan?"

"Takdelah" jawab Kaizo "Pagi tadi aku buat latihan tempur dekat kapal angkasa. Lepas tu, aku pergi sarapan pagi dekat kedai Tok Aba. Lepas tu aku terus ke sekolah kau"

Fang angguk kepalanya. Lalu dia bertanya lagi

"Jadi abang datang ke sini sebab nak tengok adik ajelah"

"Betul tu" Lalu Kaizo berkata lagi "Tapi..."

Boboiboy dan Fang setia mendengar cerita Kaizo. Mereka tidak membuat bising. Boboiboy sambil makan nasi goreng kampung, sambil itu dia mendengar. Gopal sudah kembali dengan makanan di tangannya. Semangkuk mee kari dan sepiring pinggan, penuh dengan pelbagai jenis kuih. Dia juga turut mendengar cerita Kaizo

"Tapi.." sambung Kaizo "Aku rasa hairan dengan perangai budak-budak sekolah ni. Tadi waktu pagi, aku ada lihat sekumpulan pelajar yang suka bermain, gelak ketawa, nampak macam budak-budak kurang bijak tetapi sebenarnya aku silap. Mereka sebenarnya dari pelajar kelas pandai. Cuma mereka suka sangat bermain dalam kelas. Lepas tu, ada satu kumpulan ni suka berangan menjadi watak-watak fantasi tetapi mereka juga bijak. Ada yang serius sangat belajar tapi markah tetap rendah. Lepas tu abang selalu juga nampak seorang budak kecik ni, suka duduk seorang diri tepi padang sambil melukis. Kasihan pula aku tengok budak tu. Macam takde kawan. Yelah, budak-budak lain tengah berseronok main tendang-tendang bola. Lepas tu aku nampak budak-budak pelajar lelaki buli sesorang dekat belakang sekolah. Ada juga yang datang sekolah muka macam orang belum mandi. Nampak macam baru bangun tidur tapi time rehat sahaja, terus segar"

"Abang pergi perhatikan setiap pelajar dekat sekolah ni ke?" soal Fang

"Yea" balas Kaizo secara ringkas

"Sah abang aku takde kerja" bisik Fang "Abang sekarang ni nak rehat dengan adik ke?" Tiba-tiba dia berharap sangat abang dia ada bawakan makanan untuk dia. Mata dia perhatikan sahaja beg plastik merah disebelah abangnya

"Hmm.. aku ada bawa makanan untuk kau"

Ternyata, apa yang diharapkan oleh Fang menjadi kenyataan. Lalu Kaizo berikan beg plastik itu kepada adiknya. Wajah Fang berubah menjadi berseri-seri. Boboiboy dan Gopal ketawa sedikit melihat keceriaan yang terpacar di wajah Fang. Sang alien itu tidak sabar untuk membuka beg plastik tersebut. Dia sudah terbayang donut lobak merah, donut kegemarannya. Kalau bukan donut, mungkin nasi lemak ataupun makanan dari kedai Tok Aba. Tiba-tiba keceriaannya hilang. Ianya bertukar menjadi perasaan marah

Aku Abang, Kau Adik - RandomWhere stories live. Discover now