Harta-Karun

132 17 12
                                    

Kapten Kaizo baru pulang dari stesen TAPOPS. Kommander Kokoci hanya mahu berbincang dengan Kaizo tentang pertemuan power sphera baru. Malangnya, Kaizo tidak akan menyertai misi itu kerana ianya telah dibagikan kepada adik beradik kembar iaitu Sai dan Shielda. Adik beradik kembar itu akan jalankan misi untuk selamatkan power sphera tersebut. Kaizo tidak begitu kecewa kerana bagi dia, ahli pasukan lain perlu juga menjalankan misi mereka menyelamatkan power sphera. Sesudah sahaja Kaizo sampai di rumah, dia terkejut melihat asap-asap hitam berkepul-kepul di luar dapur. Lalu dia bergegas ke dapur. Ada kebakaran ke? fikir Kaizo. Ianya bukan kebakaran tetapi ianya adalah kek hangus di dalam ketuhar. Faye dengan pantasnya, mengeluarkan kek tersebut dari ketuhar. Hati Faye kecewa melihat kek hangus itu

"FAYE! APA YANG BERLAKU NI?"

Bukan itu sahaja, malah dapur dalam keadaan kelam-kabut seperti ada puting-beliung di dalam dapur itu. Kulit telur bersepah di atas lantai, meja penuh dengan tepung, ada kesan-kesan tepung sedikit di merata-rata tempat, sink penuh dengan pinggan mangkuk yang belum di basuh dan tumpahan susu di tepi meja. Kaizo mula naik angin ketika itu. Dia baru hendak berehat tetapi dapur rumah dia bersepah

"Abang Kaizo! Maaf maaf.. Faye boleh explain" kata Faye sambil tersengih. Muka dia penuh dengan kesan tepung

"Explain cepat!"

"Sebenarnya Faye cuba nak buat birthday kek untuk Bella tapi.." Faye masih tersengih lagi sambil tunjuk kek hangus dia kepada Kaizo "Malangnya Faye ni tak reti masak tapi reti makan!"

"Kalau tak reti buat, apasal nak buat juga? Habis jahanam dapur aku"

"Ala abang Kaizo ni, bukan jahanam pun. Nanti saya bersihkan balik dapur ni" jawab Faye sambil tersengih sedikit. Lalu dia letakkan kek hangusnya di atas meja dan terus mencapai sebatang penyapu "Faye bersihkan sekarang juga! Abang Kaizo jangan risau ok"

"Aku rasa kau tak perlu bersihkan dapur ni sebab kalau kau buat, nanti si Pang bersihkan balik sebab tidak sampai tahap kebersihan dan kekemasan dia. Jadi kau patut serahkan kepada adik aku"

"YEA KE?" Mata Faye terus bersinar-sinar bagaikan ada harapan dia tidak perlu buat kerja "Kalau begitu, Faye akan serahkan kerja-kerja kebersihan dapur kepada Fang!"

Sebelum Faye melangkah keluar dari dapur. Kaizo panggil dia

"Faye"

"Abang Kaizo nak apa?" Faye buat-buat muka tidak bersalah sambil tersenyum sehingga ke pipi

"Nah! Ambik duit ni"

Terkejut Faye kerana Kaizo jarang bagi dia duit. Selalunya dia dapat duit dari kedua ibubapanya. Mata Faye terkebil-kebil melihat duit di tangan Kaizo

"Ke-kenapa abang Kaizo bagi Faye duit?"

"Sebab aku tahu kau berusaha nak buat kek untuk untuk kawan kau tapi kek kau tu tak menjadi. Niat kau memang baik" Mata Kaizo melirik sedikit ke arah kek hangus "Jadi, aku bagi duit supaya kau boleh beli kek pelik-pelik berperisa pelik pelik"

"Perisa pelik? Kalau pelik pelik ni sesuai untuk Lily tapi untuk Bella... CARI KEK CHOCOLATE UNTUK DIA!"

Faye terus berlari ke bilik dia untuk bersihkan diri. Dia akan terus ke bandar Pulau Rintis untuk mencari kek terbaik untuk Bella. Kalau ada duit lebih, dia akan belikan hadiah sekali. Mesti Bella akan gembira nanti, fikir Faye sambil mengambil tuala merah jambunya. Kaizo masih lagi berada di dalam dapur. Dia geleng kepala melihat dapur itu

"PANG!"

Fang terus muncul di muka pintu dapur. Mata dia membulat besar kerana terkejut dengan keadaan dapur rumahnya

"Abang! Apasal dapur bersepah? Adakah abang cuba nak buat kek tetapi gagal? Adakah abang cuba buat kejutan untuk kak Lynna tetapi gagal?"

"Ini bukan kerja akulah. Bila masa aku nak buat kejutan untuk Lynna pula? Tiada masa aku nak fikirkannya" jawab Kaizo "Ini semua Faye yang buat. Jadi abang bagi dia duit, pergi beli kek dan kau pula, sila bersihkan dapur ini"

Aku Abang, Kau Adik - RandomWhere stories live. Discover now