Permulaan

1.7K 70 13
                                    

Pagi-pagi lagi hidung Fang terbau sesuatu. Bau seperti ada sesuatu yang hangus. Fang pakai baju sekolahnya secara pantas dan terus keluar dari biliknya. Sepantas kilat dia berlari ke bawah dan masuk ke dalam dapur. Dia terkejut melihat abang dia cuba memasak sesuatu. Bukan itu sahaja, dia juga terkejut melihat dapur rumahnya bersepah. Kulit-kulit telur di merata-rata tempat. Pinggan di tepi sink penuh dengan telur hangus. Baju abangnya kotor sedikit sebab sibuk bertarung di dalam dapur

"APA ABANG CUBA BUAT NI?"

"Aku cuba nak buat sarapan pagi untuk kau lah" kata Kaizo dalam keadaan tenang "Tapi... telur ni hangus"

Kaizo angkat kuali. Lalu dia tunjukkan telur hangus kepada adiknya. Telur itu hancur dan hitam-kehitaman. Fang hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Sebenarnya, ini bukan kali pertama percubaan Kaizo memasak telur. Ini sudah kali ke 10 dia cuba belajar memasak telur. Habis semua telur dia sudah gunakan

"Adeh.. abang kalau nak makan, panggil lah adik" kata Fang "Adik boleh buatkan untuk abang ataupun adik boleh ajar abang memasak"

"Tapi aku ingin belajar dengan sendirinya!"

"Hmmm.. yelah" Fang terus beredar keluar dari dapur itu "ABANG JANGAN NAK SEPAHKAN DAPUR!"

"Yelah!"

Kaizo buang teluar hangusnya yang terakhir. Telur sudah habis. Dia mula bingung. Sarapan pagi apa yang dia harus lakukan? Dan semesti yang mudah dan tidak perlu memakan masa yang banyak. Lalu dia terfikirkan sesuatu. Dia keluarkan susu dari peti sejuk. Selepas itu dia keluarkan sekotak cereal. Dia sediakan dua mangkuk dan dua cawan diatas meja

"PANG! MAKANAN DAH SIAP!"

Fang kembali ke dapur dengan muka keliru

"Cepatnya abang masak" kata Fang. Mata dia meluru ke arah meja makan "Lerrr... ingatkan abang masak. Rupanya cereal dan susu aje"

"Banyak songeh betul kau ni" Kaizo tunjal-tunjal kepala adiknya "Baik kau makan aje apa yang ada dan jangan buat bising!"

"Baiklah abang ku" Fang mengeluh sedikit. Dia keluarkan kerusi dari meja makan. Lalu dia duduk "Abang tiba-tiba nak masak hari ni kenapa?"

"Sebab aku cuba hendak menjadi seorang abang yang baik" balas Kaizo sambil tuangkan susu ke dalam mangkuk adiknya "Yelah, aku kenalah biasakan diri dekat bumi ni"

"Bagus abang, bagus" Fang rasa bangga sedikit dengan abangnya "Nanti abang akan tahu selok-belok tentang kehidupan di bumi ini"

"Jadi aku perlu tahu masak makanan orang-orang bumi ini"

"Errr... itu tak perlu kot"

"Kenapa?" Kaizo rasa curiga sedikit

"Sebab abang bukannya reti masak pun" Berkerut dahi Kaizo dengan jawapan dari adiknya "Abang jangan risaulah. Adik boleh aje masakan untuk abang"

"Jadi, hari ni kau buat apa?"

Kaizo cuba hendak memahami kehidupan di planet bumi. Semenjak dia mengambil keputusan untuk tinggal di bumi bersama adiknya, dia rasa agak janggal. Mungkin kehidupan mereka agak sama seperti planet lain atau seperti planet asal usul dia. Tetapi tempat tinggal dia yang lama, semuanya berteknologi tinggi. Di bumi, teknologinya masih jauh lagi. Jadi dia cuba sesuaikan diri di planet itu

"Adik ada sekolah kejap lagi" Jawab Fang. Mulutnya penuh dengan cereal "Abang pergilah bersiar-siar dekat bandar ke, atau tolong Tok Aba dekat kedai ke, atau cari kerja ke.. tak pun abang pergi layan drama-drama dekat TV tu"

"Kau ingat aku kaki drama ke?"

"Adik bagi cadangan aje" Fang terus bermasam muka sambil kunyah cereal. Lalu dia berkata lagi "Tak pun, abang pergi berkenalan dengan orang-orang dekat pulau ni. Manalah tahu, abang dapat kawan baru ke.. hehehe"

Aku Abang, Kau Adik - RandomWhere stories live. Discover now