Filem!

166 12 23
                                    

"Hari ini adalah hari terakhir aku berjuang" Air mata Fang menitis ke atas tanah "Aku akan berjuang sehabis-habisan. Sekiranya aku sudah tiada lagi, jangan lupa perjuangan kita"

"Kami tidak akan lupakan perjuangan ini" kata Boboiboy sambil memegang bahu kanan Fang "Ini adalah pergorbanan kau dan aku. Kita akan berjuang sehingga ke titisan yang terakhir"

Fang dan Boboiboy berjambat tangan sebelum masuk ke dalam medan perang. Mereka berdua sudah bersiap sedia untuk berjuang demi negara, demi dunia ini dan juga demi masa depan. Dua sahabat baik sentiasa ada bersama. Mereka tidak terpisah dan mungkin juga ini adalah kali terakhir mereka dapat bersama

"Semoga berjaya sahabat ku"

"Kau pun sama juga" kata Fang sambil berikan satu senyuman

Mereka berlari sambil menjerit untuk memberikan satu kekuatan untuk menentang musuh mereka. Musuh-musuh mereka yang begitu ramai dan mereka hanya dua orang sahaja. Bagaimana mereka hendak menang di dalam peperangan ini? Mereka hanya dapat doa agar suatu keajaiban akan berlaku

"CUT!"

"Aik, apasal tiba-tiba cut pulak" kata Gopal

"Jangan banyak soal!" marah Lily sambil mencekak pinggang "Lily sebagai cik director yang super awesome! Sesuka hati sahaja akan cakap cut.. hehehehehe!"

Berkerut dahi Fang. Rasa seperti mahu tampar-tampar pipi Lily. Kenapa bukan dia yang jadi pengarah filem ini? Kenapa mesti si pelik yang jadi pengarah? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa? hanya perkataan itu sahaja yang bermain-main di dalam pemikirannya

"Abang Fang ok?" soal Rizu yang ada di situ juga

Mereka sebenarnya berada di dalam makmal Emmy untuk membuat sebuah filem. Makmal Emmy mempunyai pelbagai ciptaan canggih. Semuanya dapat digunakan untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti. Mereka sekarang menggunakan sebuah dewan seluas padang stadium bola sepak. Skrin setiap dinding dewan itu, diubahkan kepada zaman dahulu kala, iaitu sebelum teknologi canggih wujud. Watak-watak jahat pula, diperbuat daripada hologram

"Abang ok aje tapi.. ABANG TAK PUAS HATI! KENAPA SI PELIK TU JADI DIRECTOR?"

Lily terus tersengih. Bagaimana Lily boleh menjadi pengarah filem itu? Mereka membuat undian dan undian tertinggi adalah Lily. Kedua tertinggi adalah Boboiboy dan Fang, hanya dapat satu undian sahaja. Itu pun dari adik angkat kesayangan dia

"Aiyooo... si kentang goreng ni. Pasal tu still tak puas hati lagi" kata Bella sambil betulkan make-up Boboiboy "Bukan ke kau dan Boboiboy dah dapat watak utama. Masih tak puas hati lagi?"

"Landak hanya watak sampingan. BBB-CHAN aje yang watak utama!" Mata Lily berkelip-kelip kepada Boboiboy "Lagipun BBB-CHAN nampak handsome jadi seorang ahli satria!"

Faye rasa bangga pula tiba-tiba kerana dia lah yang menjadi tanggungjawab bahagian pakaian dan dandanan rambut. Bella sebagai pembantu Faye. Penulis skrip pula, ianya dibagikan kepada Yaya. Mereka yakin bahawa Yaya dapat menulis skrip filem itu dengan baik. Gopal dan Ying diarahkan sebagai juru kamera. Pembantu mereka adalah Rizu. Emmy pula, dia di bahagian visual. Semua latar belakang, watak-watak musuh, CGI dan bermacam-macam lagi, dibuat oleh Emmy sendiri. Dia akan gunakan kepakarannya untuk menghasilkan filem ini

"Watak sampingan?! AKU WATAK UTAMA JUGALAH!" marah Fang. Muka dia merah kemerahan. Ianya seperti mahu meletup dalam beberapa saat sahaja lagi "KAU JANGAN NAK BUAT AKU MENGAMUK ATAU PALING TERUK, AKU TARIK DIRI DARI MOVIE NI!"

Lily buat-buat tidak dengar. Dia hanya mahu melihat wajah comel Boboiboy sahaja. Rizu cepat-cepat berikan sebiji donut lobak merah kepada abang angkatnya. Akhirnya Fang dapat tenangkan dirinya

Aku Abang, Kau Adik - RandomWhere stories live. Discover now