0:01

36 1 0
                                    

Tali kasut ku buka, kertas surat khabar yang digumpal ku letakkan kedalam kasut sekolah yang basah dek hujan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tali kasut ku buka, kertas surat khabar yang digumpal ku letakkan kedalam kasut sekolah yang basah dek hujan. Typical student nak bagi kasut kering awal.

Kering cepat ya kasut. Esok nak pakai lagi.

Perlahan tombol pintu ku pulas. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah condominium milik sepupuku, Firzatul Hanan yang kini berumur 21 tahun dan sedang belajar di universiti awam.

Pintu yang terkuak ku tutup, juga perlahan. Aku melajukan langkah ingin masuk ke dalam bilikku.

"Rain Athirah." seru Firzatul, atau Fir.

Aku dah agak benda ni jadi.

"Ya Kak Fir." Perlahan aku berpaling ke arahnya.

"Tadi cikgu call akak. Kau gaduh?" Aku diam. Masih dengan muka poker memandang Fir dihadapan aku.

"Kenapa diam? Betul ke kau gaduh dengan Atisya? Kau tarik rambut dia?" Bertubi- tubi soalan ditanyakan kepadaku.

"Dahla akak, Rain penat." aku balas. Kaki mula mengatur langkah ke bilik semula.

Tangan kananku tiba-tiba ditarik kuat menyebabkan aku tersentak, cuba melepaskan pegangan.

"Kau ni kenapa? Cuba cakap dengan akak kenapa kau pukul dia? Kenapa?!"

"Dahla orang cakap tak payah kesah kan!" Tangan Fir aku tepis, langkah laju keluar daripada rumah. Pintu dihempas kuat, tak jadi nak masuk bilik.

Ingatkan balik rumah boleh release stress, lagi stress rupanya.

Punat lif ditekan, menuju ke lobi. Atau lebih tepat, taman di bawah condominium ini.

Seperti kebiasaan, aku membawa diri ditemani hujan lebat. Hujan yang membawa duka, seperti namaku.

Let the rain wash away all the pain of yesterday.

Keresahan dan geram yang tadinya membuak-buak, mula kembali tenang.

Kata-kata sinis Atisya mula berlegar-legar difikiran.

Aku bukan gila. Aku sakit.



"Eh tengok! Ada orang baru balik dari bilik kaunseling lah."

"Maklumlah dia kan gila hahahahaha"

Baru selangkah aku masuk ke dalam kelas, sudah terdengar kutukan bara api dari Atisya, Si Celupar dikelasku.

Kaki terus melangkah ke meja. Tidak ambil pusing daripada kata-kata tadi. Riak wajahku juga masih sama. Emotionless.

"Eh la tak dengar ke? Pekak jugak rupanya. Ingatkan setakat gila, tak sangka ada lagi." Sinis Atisya bersuara disambut gelak tawa dari pelajar yang lain, turut berkumpul di meja Atisya.

Kalau marah, lebih baik diam. Ingat Rain, daripada kau keluarkan kata-kata yang bakal mematahkan jiwa baik kau diam.

"Kau dah kenapa, Atisya? Memekak je dari tadi." Balas Afeeya, jiran meja hadapanku.

"Eh biarlah aku. Saje nak kacau budak gila, Macam mana lah family kau jaga orang gila macam kau ni."

"Eh anj^ng, kau-" Belum sempat Afeeya membalas, tanganku pantas mencengkam rambut Atisya.

"Kau silap, jangan sebut lagi pasal family aku."Kataku. Tangan kuat mencengkam rambutnya. Biar dia rasa macam mana rasa sakit hati aku.

Aku bagi kau hina aku, tapi bukan keluarga aku.

"Kau dah kenapa bodoh!" Kedua tanganku dicengkam kuat bersama package kuku tajamnya. Kelasku mula riuh dan ramai pelajar mula berkumpul disekeliling kami.

Afeeya dan Syarah cuba menghentikan pergaduhan. Makin lama bukan setakat rambut, malah tudungku juga hampir tercabut dengan pelbagau carutan dan sumpahan dihadiahkan kepada Atisya Sapeah, si B^bi.

"Rain, Atisya! Berhenti sekarang!" Jerit Cikgu Mush yang muncul dari kelas 4 Sains 2. Mungkin pergaduhan kami agak kuat sampai dengar ke kelas sebelah.

Bukan mungkin, tapi memang betul.

"Ikut saya pergi pejabat sekarang!"

Mental ilness bukannya gila, tapi penyakit. Dan aku penghidapnya.

Tetapi aku bukan gila.

HujanWhere stories live. Discover now