0:06

7 0 0
                                    

"Rain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Rain."

Atisya.

"Boleh aku nak cakap sekejap dengan kau?" Rayu Atisya. Matanya jelas sembab, seperti baru lepas mengalirkan air mata.

"Okay." Sekali lagi, lengan bajuku pula ditarik kali ini.

"Aku ikut." Kata Adair. Dia turut bangun melangkah ke arah kami.

Aku hanya turuti Atisya, tidak jauh dari tempat tadi.

"Kenapa?" Soalku sebaik sahaja dia berhenti melangkah.

Adair hanya menunggu di belakang, tidak mahu mengganggu privacy katanya.

Dahtu kenapa ikut? Ish.

"Aku.. Aku nak mintak maaf." Kata Atisya. Tanganku digenggam sayu.

"Aku minta maaf, Rain. Aku tak tau." Esakan daripada Atisya mula membuatkan aku rasa bersalah. "Aku mintak maaf."

Dia kini jatuh terduduk dihadapanku. Bahunya dipegang, aku juga turut mencangkung dihadapannya.

"Tak apa lah. Aku dah lama maafkan kau." Walaupun hati masih lagi geram, tapi apa yang lepas kena biarkan ia pergi bukan?

Begitu juga hujan, sederas-deras air mengalir akhirnya berhenti.




"Aku balik dulu. Bai korang!" Lambaian daripada Afeeya semakin menjauh, namun tetap ku balas kembali. Bukan sahaja aku, malah Adair pun turut sama melambai ke arahnya.

Bayang Afeeya hilang disebalik kereta milik keluarganya. Basikal ditarik keluar dari kawasan parkir, dituntun menuju keluar dari kawasan sekolah.

"Fir tak ambik kau?" Adair muncul disebelah, turut menuntun basikalnya menyaingi aku.

"Sejak bila Fir ambik aku balik sekolah?" jegil mataku melihatnya disebelah. Terkekek-kekek dia ketawa menganjing. Dasar udang disebalik mee.

"Mana la tau kan." Nak tunggu Firzatul Hanani diberi hidayah untuk ambik aku balik sekolah? Hantar pagi pun belum tentu.

Basikal kembali dituntun, jalan beriringan bersama Adair disebelah. Langit masih cerah, namun ada air yang menitik.

"Rain..."

"Apa lagi...." Sahutku malas.

"Aku rasa macam nak hujan lah." Sebaik sahaja Adair berkata, hujan mula turun selebatnya.

Aneh, langit tak mendung pun.

Bahuku ditepuk. Lengan baju ditarik supanya mengikuti lagkahnya.

"Rain! Kayuh basikal cepat, ikut aku." Panggilannya diabaikan, kepala masih mendongak langit. Masih cerah tapi hujan turun selebata-lebatnya.

"Rain! Dahla berangan tu!" Dahiku dijentik, kembali ke alam realiti. Sakit!

"Ish, yela-yela" Basikal pantas dikayuh mengikuti langkah Adair dari belakang. Sgg ekejap dia berpaling ke belakang, rungsing aku berangan lagi barangkali.

Akhirnya kami berhenti di sebuah hentian bas, berhadapan dengan condominium kami. Basikal disandarkan ditepi, punggung dilabuhkan di tempat duduk.

"Hujan panas ni. Kejap lagi balik mandi terus, nanti demam." Bebel Adair. Air mineral dari beg diteguknya.

"Macam arwah mama."

"Pardon?" Telinganys dirapatkan kepadaku.

Mukanya yang rapat denganku kutepis, ditolak kasar. "Sakitla bongok." Katanya lagi.

"Mana kau tau ni hujan panas?" Soalku. Mata kembali memandang langit.

"Cuba kau tengok langit." Daguku didongak memandang ke arah langit. Tangan kanan diangkat tinggi menghalang sinar matahari terik.

"Langit kan cerah, tapi hujan. Selalunya hujan panas ada-"

"Dair! Pelangi!" Lengan bajunya ditarik. Mata ralit memandang langit senja dihiasi pelangi. Indahnya sampai tidak boleh diungkap. Speechless.

"Lawanya..."

"Haah. Lawa sangat." Balasnya, perlahan. Tetapi bukan pelangi yang ditatap, lama. Senyum tipis menghiasi bibirya, geli hati melihat jakunnya seorang Rain Athirah melihat indahnya kekuasaan Tuhan.

"Sebab tu aku cakap, hujan tak semestinya bawa malang. Hujan tu-" pantas sapu tangan menutup mulut Adair. Kata-katanya dicantas, tidak sempat untuknya berhujah panjang.

"Iya pakcik. Hujan bawa rahmat. Jadi kita tak boleh salahkan hujan sepenuhnya." Tanganku ditepis.

"Kau ni kan, suka potong line!" Merah mukanya disambut dengan gelak sakanku. Marah betul eh kau, Adair!

"Jangan lah marah, Dair. Aku gurau je." Pantas aku bangun mengikut jejaknya yang berura-ura ingin pergi dari situ.

"Daaaair..... Tunggulah aku....." Rungutku dari belakang, mata masih ralit memandang pelangi. Hari pula semakin senja.

"Lambatlah kau ni." Dahiku dijentik kuat olehnya. Ketawa sakan orang tu balas dendam. Lepastu lari!

"Sakitlah bongok!" Kaki melangkah laju bersama basikal yang dituntun mengejar seorang insan tidak berguna dihadapan.

"Tunggulah Dair!"

"Iya Rain, aku tunggu!" Laungnya jauh di hadapanku.

After rain, there's a rainbow, after a storm there's a calm, after the night there's a morning, and after an end there's a new beginning.

And he turns out to be my beginning after all.

•—————————————•

i need to focus on my spm this year lmao but yea i'll keep on updating ( tak janji ٩( ᐛ )و ) stay safe and take care hun <33

HujanWhere stories live. Discover now