Anggap saja hujan ini adalah kenangan,
meski rintik yang sedetik, tapi mampu
mengingatkan
anggap saja hujan ini adalah kerinduan,
meski rintik yang setitik, tapi mampu
mempertemukan
anggap saja hujan ini adalah aku,
meski sudah tak lagi deras, tapi...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Masih lagi aku, Rain Athirah yang kini ditaman. Kedua kakiku giat berpusing mengikut rentak melodi air hujan.
Bahagia? Ya, semestinya.
Life is not waiting for the storm to pass, it's about learning to dance in the rain.
Hujan lebat semakin membasahi diriku yang kini masih berbaju sukan sekolah dan bertudung hitam. Basah kuyup tidak ku endahkan.
Kaki mula mengatur langkah ke pohon bunga di taman mini. Bunga mengingatkan aku kepada arwah ibu.
Eshal, sekuntum bunga di syurga maksudnya.
Aku rindu, rindu segalanya tentang ibu. Betul kata dilan, rindu itu berat. Air mata mula menitis walaupun dikaburi hujan.
Pohon-pohon bunga disitu amat menarik perhatianku. Kaki melangkah perlahan ke arahnya. Bunga peace lily disentuh lembut. Warnanya putih bak awan, tetapi kini bertukar kelabu dek hujan.
Hujan, si pembawa kegelapan.
Beralih pula ke pokok yang agak besar di taman ini, pokok oak. Aku tidak menahan jariku daripada menyentuh lembut pokok ini. Cantik, dan tinggi. Tetapi daunnya kian luruh digoncang angin yang kuat.
Juga hujan, si pemusnah.
Hujan sepeti namaku, Rain. Kegelapan. Pemusnah.
Semua itu aku.
"Rain? Rain Athirah! Ya Allah budak ni mana dia pergi agaknya." kata Eshal. Bayi berusia dua tahun dipegang kemas dalam pegangan.
Rain Athallah namanya. Sama seperti kakaknya, Rain menjadi pangkal nama.
"Katanya tadi pergi ambil payung. Takut hujan. Ada la tu merayau mana-mana dulu. Jap lagi datang lah tu." kata Zaidi kepada isterinya. Tangan ligat menyusun makanan di atas tikar yang diapar di tepi sungai.
Hari Jumaat petang, hari terakhir cuti sekolah sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Cadangan daripada Rain Athirah, akhirnya dibawa sepakat. Ingin berpicnic di tepi sungai katanya.
Awan mendung mula menutupi permukaan bumi. Angin sepoi-sepoi berubah menjadi semakin dingin.
"Abang, macam nak hujan ni. Rain pun tak sampai-sampai lagi." Baru sahaja mulut bersuara, hujan mulai turun membasahi bumi. Semakin lama, semakin lebat, air sungai mula bertukar deras.
"Mari lah alihkan dulu tikar." Kata Zaidi. Rain didukung sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi giat mengalihkan barang ke bawah pokok yang redang.
Topi pantai yang dibawa tiba-tiba terbang dibawa angin. Eshal bersama Rain didalam dukungan cuba mengejar topi tersebut.
Malang tidak diduga, dia terjatuh ke dalam sungai yang deras. Jeritannya tidak putus-putus memanggil suaminya.
"Abang! Aban-.. tolong... Esh-"
"Ya Allah. Eshal!" Panggil Zaidi. Tanpa menunggu lama, dia terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Eshal dan Rain Athallah.
Orang ramai mula berkumpul di tempat kejadian. Ada yang memanggil pengawal keselamatan, ada yang cuba mendail bomba. Ada juga yang melemparkan tali ingin membantu mereka.
"Ibu! Abah!" Rain yang baru sampai mula berlari ke tebing, namun ditahan oleh orang disekelilingnya. Air mata tidak berhenti mengalir sambil mulutnya terkumat kamit memanggil nama keluarganya.
Menyesal? Ya. Amat memenuhi jiwa gadis malang itu.
Dia akhirnya jatuh terduduk. Kelibat ahli keluarganya sudahpun hilang dari pandangan. Tenggelam dihanyut air sungai yang deras.
Beberapa anggota bomba giat menjalankan operasi pencarian. Namun Rain, masih jatuh terduduk di tebing mengenangkan nasib dirinya.
"Ibu, Abah, Athallah. Rain mintak maaf." Sayu dia mengeluarkan kata-kata tersebut. Terkilan, dilema, itu yang dia alami sekarang. Masih banyak yang tidak mampu untuk Rain ungkapkan. Terlalu awal baginya untuk hidup berseorangan, tanpa ahli keluarga.
Dan kini, tinggal dirinya sendiri. Hanya seorang diri.
Tanpa dia mengetahui, ada seseorang sedang memerhati dirinya dari jauh, turut terkilan dengan apa yang terjadi.
Aku Rain, Rain Athirah.
Kegelapan, dan si Pemusnah.
Hujan yang lebat bertaburan kini hilang. Setitik pun tidak membasahi dirinya lagi.
Pelik.
Kepala didongakkan ke atas, payung terletak elok di atas kepala melindungi dirinya daripada air hujan.