0:03

15 0 0
                                    

Pagi yang dingin, aku melangkah keluar dari lif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi yang dingin, aku melangkah keluar dari lif. Bersedia untuk pergi ke sekolah seperti hari-hari yang lain.

Awan mulai mendung, menutupi langit yang cerah. Musim tengkujuh, payung pula lupa nak bawak.

Tak apalah, nanti lari macam semalam pun okay.

Sampai sahaja di perkarangan sekolah, kaki mula melangkah ke koridor kelas.

"Hi Rain! Morning." sapa Afeeya.

"Morning." Balasku.

"Kau okay tak ni?" Soalnya. Tapak tangannya dilekapkan di dahiku.

"Aku okay." Walaupun dah tau sebenarnya tak.

"Kau demam. Ni kau cakap okay?" Tanya Afeeya lagi.

Aku diam menunduk. Kaki cuba dilajukan ke kelas meninggalkan Afeeya dibelakang.

"Haih kau ni kan. Dah jom pergi kelas. Aku nak siapkan homework BM ni." Tanganku dirangkul erat.

Aku tersenyum. Walaupun aku seorang diri, masih ada yang mampu menyinari hidup ini.

Langkahku terhenti di hadapan pintu kelas. Muka yang amat aku kenali kini berada di hadapan pintu kelas sebelah, 4 Sains 2.

Dia senyum dan melambai ke arahku sebelum pergi ke rakan sekelasnya.

Dia, si Payung di bawah pokok Oak.

"Rain. Kau buat apa lagi tercegat situ?" Afeeya tiba-tiba muncul, mencari arah mana yang menarik perhatianku sejak tadi.

"4 Sains 2? Kenapa?" Tanya Afeeya lagi, giat dia mencari siapa yang membuat aku tercegat depan pintu ni.

"Takde lah. Jom masuk." Badan Afeeya ku tolak masuk ke dalam kelas.

"Haaaa kau sorok apa Rain." katanya lagi. Aku hanya diam membisu di tempatku. Kepala berpaling ke arah tingkap, masih mendung. Angin sepoi-sepoi bertiup lembut.

Lelaki Payung. Kau kelas sebelah rupanya.

Tanpa diriku sedar, bibir sudah mengukirkan senyuman. Afeeya yang memerhati tingkah laku pelik Rain sedari tadi juga tersenyum.

Rain juga berhak bahagia.






"Ha harini biar aku yang pergi beli makanan. Kau duduk sini diam-diam. Okay?" Kedua tangannya menolak Rain untuk duduk. Pondok belakang sekolah menjadi pilihan mereka.

"Yela. Thanks Feeya." Afeeya tersenyum sumbing.

"Takpe sekali-sekala. Kau tu dahla demam." Katanya lagi.

"Nanti aku beli panadol kat koperasi. Aku pergi dulu." Kata Afeeya sebelum pergi meninggalkan aku di pondok ini.

Memang sejak aku berkawan dengan Afeeya, pondok di belakang sekolah ini menjadi pilihan kami semasa waktu rehat. Tenang dan mendamaikan.

Kepala dilentokkan di tiang pondok. Pening yang teramat.

Betul lah Afeeya cakap pagi tadi. Aku demam. Mesti sebab main hujan semalam.

"Lelaki Payung." Gumamku perlahan sebelum tersenyum lagi.

"Ya saya."

Bahuku terhinjut. Lantas aku pandang ke hadapan. Sebuah figura lelaki kini berada di hadapanku.

"Kau panggil aku?" Tanya si lelaki payung.

"Macam mana kau tau aku ada kat sini?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Kau demam kan. Nah." Sebungkus roti coklat serta air mineral diletakkan ditepiku. Aku masih blur.

"Kau tau dari mana?" Soalku lagi.

"Aku tau lah." Balasnya sebelum berura-ura ingin meninggalkan pondok itu.

"Kejap." Langkahnya terhenti.

"Nama kau apa?" Tanyaku. Sejak semalam aku rasa macam pernah nampak dia selain dekat taman condominium mereka.

"Adair. Adair Adham." Katanya sebelum kembali melangkah pergi.

Adair Adham. Si lelaki payung.

"Oi. Siapa tadi?" Tanya Afeeya. Punggung dilabuhkan disebelahku.

"Adair."

"La dia ke yang kau usha pagi tadi?" Soal Afeeya lagi.

Aku diam tak terkutik. Fikiran melayang jauh ke nusantara.

"Eh siapa bagi ni? Jangan cakap Adai-"

"Adair. Adair Adham." Aku tersenyum lagi. Bahagia.

Everybody wants happiness, and nobody wants pain. But you can't have a rainbow without a little rain.

Dan dia, pelangi aku.

Adair Adham


•————————————•

I wonder how korang sebut Rain ><
Rain or Ra-In ?
Both acceptable (^з^)-☆

-s♡

HujanWhere stories live. Discover now