0:05

9 0 0
                                    

"Oi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Oi. Rain!" panggil Adair. Sapu tangan kuning dibaling, kembali kepada pemilik asalnya.

Tangan pantas menyambutnya daripada terjatuh dari tingkat 8. Air mata dikesat.

"Sorry." Ucapnya.

"Hm?"

"Sebab buat kau nangis." Aku tertawa kecil. Lucu melihat Adair yang kini berasa serba salah denganku.

"Gelak pulak.." Mulut dimuncungkan sedepa kehadapan. Kalau boleh, dah lama aku sangkut dengan hanger!

"Yela, dah kau tiba-tiba mintak maaf kenapa?" Aku kembali tertawa. Dia juga turut begitu.

Keadaan kembali sunyi. Tenang tanpa sebarang bunyi, angin sepoi-sepoi bertiup lembut. Aku tersenyum simpul memandangnya yang kini juga memandangku dengan senyuman manis menghiasi mukanya.

"Rain." Panggilnya, memecahkan kesunyian antara kami.

"Apa?" Sahutku. Tangan ligat bermain dengan sapu tangan di genggaman.

"Boleh aku tau?"

"Tau apa?" Kepala diangkat memandangnya.

"Kenapa setiap kali hujan, kau nangis?"

Senyum hambar mula menghiasi bibir. "Sebab hujan..."

"Dah la bawak malang, sejuk, sedih, tukar awan jadi gelap pulak tu. Kan?" Belum sempat aku membalas, dia menjawab terlebih dahulu. Dan boom! Tepat sekali membuatkan aku terkaku.

Jarinya membilang seberapa banyak mulut menyebut. "Apa lagi eh? Hm.."

"Tapi hujan kan membawa rahma-"

"Kalau kau dah tau kenapa kau sedih lagi?" Sekali lagi, Adair memotong kata-kataku. Kepala kembali merenung lantai.

"Walaupun hujan ni membawa kegelapan, kilat dan angin yang kuat, tapi kau kena tau yang hujan juga memberi rahmat. Contohnya, menyuburkan pokok. Macam nama aku, Adair!" Sambungnya lagi.

"Adair Adham, pokok yang cantik." Aku tertawa lagi. Cantik la konon.

"Kau pulak Rain Athirah. Hujan yang..."

"Kuat." Sambungku pula.

"Ha tengok, nama bukan main kuat, tapi diri sendiri rapuh." Pergh, sentap betul ni.

"Biar la aku." Balasku angkuh.

"Janji dengan aku, lepasni tak ada dah Rain yang lemah, yang ada Rain yang kuat je, Boleh?" Matanya tepat menikam anak mataku dengan pandangan sayu, meminta aku untuk bersetuju dengannya.

"Rain? Demi aku?" Panggilnya lagi, kepala disengetkan 90 darjah memandangku.

"Yela-yela." Mata digulingkan ke atas.

"Yeay!" Tangan diangkat menumbuk langit. Kedua-duanya tertawa, hanyut disebalik malam yang diterangi cahaya bulan.

Demi kau, Adair.




Sebulan berlalu, kehidupan aku semakin berubah. Semakin baik atau semakin buruk?Biarlah pembaca menghukum sendiri.

Tetapi bagi aku...

Makin bahagia.

"Rain!"

Afeeya berlari anak menuju ke meja batu dimana aku berada sekarang. Buku-buku yang bertaburan di atas meja ku kemaskan sedikit, memberi ruang kepada Afeeya yang kini tercungap-cungap mengambil oksigen.

"Kau kenapa lambat?" Tanyaku. Tudung dibetulkan sedikit.

"Aku singgah beli air, dan keropok. Nah!" Sebungkus plastik berisi minuman dan beberapa packet gula gula, serta keropok diletakkan di tengah-tengah meja.

Thumbs up diangkat kepada Afeeya. Dia hanya membalas dengan menjongket kening, bangga dengan tindakannya.

"Adair mana?" Soal Afeeya.

"Sini." Figura seorang lelaki muncul tiba-tiba disitu. Adair yang baru pulang dari tandas mula mengambil tempatnya.

"Okay cukup. Jom start study." Buku teks Biology dibuka. Tangan mula ligat menyalin nota.

Pada petang yang damai ini, aku, Afeeya dan Adair akan stay di sekolah seperti biasa. Peluang digunakan untuk belajar bersama. Belajar ya bukan berbual!

Macam mana Adair boleh ada sekali?

Dia yang nak ikut. Afeeya pun tak kesah. Apa salahnya kan?

Dan sejak kejadian malam balkoni, hubungan aku dan Adair semakin erat, tetapi tidak lebih dari seorang kawan.

Tidak seperti apa yang aku harapkan.

Eh?

"Perasan tak, sekarang ni Khamis petang, minggu depan start final exam, dan..."  Afeeya bersuara, berjaya menarik perhatian kami yang khusyuk menulis. Kepala diangkat menunggu Afeeya menyambung kata-katanya.

"Dan?" Tanyaku. Bengang dengan Afeeya, lambat betul.

"Dan...."

"Dan apa?" Soal Adair pula. Mukanya jelas menyampah. Afeeya melepaskan tawanya. Lucu barangkali melihat rakan-rakanya mula serabut dengan tindakannya.

"Okay-okay. Jangan marah." Kedua tangannya diangkat memohon ampun.

"Dan.. kita mula cuti sekolah! Lepastu next year dah tingkatan 5. Hehe." Aku tersenyum, tidak tahu mengapa.

Jika difikirkan semula, hidup aku pada tahun ini yang mulanya kosong, kini terisi. Walaupun hanya sebulan baru mengenali dirinya, Adair.

Dan aku harap kami bertiga kekal begini.

Kalau lah masa boleh dibekukan...

Aku sanggup beli freezer besar semata-mata nak bekukan masa!

Kalau boleh la.

Tup! Pensil tekan diketuk didahiku. Aku yang tadinya mengelamun, mula membuka luas mata, kembali ke realiti.

"Auch, sakitlah!" Kepala dipusingkan menghadap Adair. Jelingan maut diberikan.

Dia ketawa kecil. Jelinganku dibalas dengan smirk. "Kau berangan tu dah kenapa?" Soalnya.

"Bila aku berangan?" Kepala ditunduk, tangan kembali ligat menyalin nota. Alamak, kantoi.

"Eleh, dah kantoi tak nak mengaku pulak." Balas Afeeya. Juga dibalas dengan jelingan tajamku.

Malu, malu, malu!

Bila malu, apa kita buat?

Lari! Ya betul.

"Aish, apa-apa jelah, aku nak-" Baru kaki ingin melangkah dari tempat duduk, sepasang tangan sudahpun memegang lenganku.

"Rain."

Atisya.

HujanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang