Kaki melangkah ke lobi, punat lift ditekan. Aku hanya merenung pintu lift sehingga ia mula terbuka.
Sekarang jam 8 malam. Aku singgah ke rumah Afeeya selepas habis sesi persekolahan bagi menyiapkan projek akhir tahun kami.
Walaupun ada sebulan lagi sebelum cuti sekolah, tapi lagi baik kalau siapkan awal-awal.
Solat asar dan maghrib sudahpun ditunaikan. Makan pun sudah. Tinggal solat isya' dan tidur.
Hatiku secara tiba-tiba berdegup kencang. Rasanya seperti ada yang mengekori aku dari belakang.
Kepala lantas berpusing ke kiri dan kanan. Tidak lupa juga dibelakang. Ruang lobi sekitar aku dipandang. Namun hampa, tiada apa yang was-was.
Aku meneruskan langkah memasuki dalam lif. Termenung seorang diri sehingga pintu terbuka semula.
Seperti hari-hari biasa, aku berjalan ke apartment. Kunci dikeluarkan dari beg. Kasut dibuka dan diletakkan di atas rak.
Sekali lagi, aku rasa seperti ada yang memerhati dari jauh. Kepala ligat berpusing memandang sekeliling. Masih tiada apa yang merungsingkan.
Pelik.
Tombol pintu dipulas, mengendahkan getaran di jiwa. Kaki mula melangkah masuk ke dalam rumah.
Figura Fir di ruang tamu aku abaikan. Langkah dilajukan menuju ke bilikku.
"Rain." Panggil Fir.
Pintu bilik ditutup perlahan. Aku diam tidak membalas panggilan daripadanya.
"Akak mintak maaf, Rain." Jelas kedengaran suara Fir diluar pintu bilik.
Aku mengendahkannya. Tudung sekolah dibuka. Buku-buku yang bertaburan di atas meja juga dikemas. Suara Fir yang memanggil aku buat-buat tak dengar.
"Kak Fir tau kak Fir salah sebab tuduh Rain macam tu." Suara Fir kedengaran sayu.
"Lepas Afeeya bagitau akak..."
Segala perbuatanku ketika ini terhenti. Afeeya, namanya yang disebut Fir jelas membuatkan aku terkaku. Dia sangat prihatin terhadap aku.
"baru kak Fir tau yang Rain tak salah. Akak mintak maaf." Katanya lagi.
"Okay." Aku balas, sepatah. Terus bag diletakkan di tepi meja belajar. Badan dilemparkan ke atas katil. Seketika, diriku hanyut dengan pelbagai perkara bermain difikiran.
Afeeya, dia terlalu baik untuk jadi kawan aku.
dan Adair.
Bunyi dentuman guruh tiba-tiba kedengaran kuat. Awan yang dari tadi mendung mula mencurahkan air hujan. Semakin lama semakin lebat.
Langsir di sliding door ku buka luas. Jelas terpampang fenomena alam mula menguasai langit yang tadinya mendung, bertukar ribut.
Perasaan ku kini bercampur-baur. Sedih, takut, rindu, ah semulah!
YOU ARE READING
Hujan
Teen FictionAnggap saja hujan ini adalah kenangan, meski rintik yang sedetik, tapi mampu mengingatkan anggap saja hujan ini adalah kerinduan, meski rintik yang setitik, tapi mampu mempertemukan anggap saja hujan ini adalah aku, meski sudah tak lagi deras, tapi...