🔴: 15

665 80 18
                                    

"Bukan ke itu Saem Ahn?" Soalku sambil menunding jari ke arah lelaki yang berkaca mata itu.

Saem Ahn adalah Cikgu yang aku jumpa semasa ingin daftar masuk sekolah hari tu.

Younghoon menoleh kebelakangnya lalu memandang lelaki yang berkaca mata yang aku maksudkan itu.

Pandangan Younghoon terus berubah.

Wajahnya sangat menakutkan aku. Dia nampak sangat garang. Aku tak suka melihat riak wajah Younghoon begitu...

Dan pada masa yang sama, aku tertanya-tanya...

Kenapa sikap Younghoon berubah setiap kali berjumpa dengan Saem Ahn?

Seperti sebelum ini, dia selalu berkelakuan kasar dengan Saem Ahn.

Bukan Saem itu sahaja, tetapi Hwang Intak.

Kelakuannya juga akan berubah jika bertembung dengan Intak.

Aku tak faham...

Pasti ada rahsia yang dia sembunyikan daripada aku...



•••

Selepas kami berdua keluar dari kedai makan itu, Younghoon membawa aku ke satu lorong gelap.

"Kenapa kita dekat sini?" Soalku kebingungan.

"Sarang tunggu je dekat sini" ujarnya lalu sambung mengendap di sebalik tembok.

Semakin pelik aku melihat kelakuannya.

Tidak sampai 5 minit, Saem Ahn yang lalu di depan lorong itu ditarik kasar oleh Younghoon.

Aku yang melihatnya sangat terkejut.

Younghoon menghempas kasar tubuh Saem Ahn di dinding.

Aku cepat-cepat pergi ke arah Younghoon untuk menghentikanya.

"Oppa, kenapa buat Saem Ahn macam tu? Lepaskan Saem Ahn cepat" kataku sambil cuba melepaskan tangan Younghoon yang mencengkam kolar baju Saem Ahn.

"Sarang. Tolong jangan masuk campur" arah Younghoon sambil memandang aku tajam.

Aku terkedu melihat pandangannya yang menakutkan itu.

Aku mengundurkan diri perlahan-lahan.

Selepas aku menjarakkan diri dari mereka, Younghoon kembali memandang Saem Ahn.

"Young-Younghoon. Pa-Pasal hutang tu, nanti Saem langsaikan" ujar Saem Ahn ketakutan.

Hutang?

Saem Ahn ada hutang dengan Younghoon ke?

"Itu bukan sebab aku jumpa kau sekarang ni!"

"Ka-kalau bukan sebab hutang? sebab apa?"

"Kau buat kerja kotor lagi kan?" Soal Younghoon sambil merapatkan wajahnya dengan wajah Saem Ahn.

Kerja kotor?

Apa maksud Younghoon?

"T-Tak. Saem tak buat kerja tu lagi" kata Saem Ahn dengan nada yang mengigil.

"Tak kau cakap? Habis yang aku tengok dengan biji mata aku sendiri tadi tu apa!" Kata Younghoon dengan nada yang semakin meninggi.

"Mi-Mian. Saem tak-takkan buat lagi"

"Mian? Aku dah muak dengan maaf kau tu! Aku dah beri banyak amaran pada kau, tapi kau masih tak dengar!
Aku nak kau pulangkan duit tu sebelum aku ker--"

"Ba-Baiklah. Sa-Saem akan pulangkan duit ni. To-Tolong jangan pukul Saem"

"Ingat! Aku akan perhatikan kau" ujar Younghoon lalu melepaskan kolar baju Saem Ahn dengar kasar.

Habis renyuk kolar baju Saem Ahn.

"N-Nae.."

Baru sahaja Saem Ahn ingin pergi, Younghoon meletakkan tangannya di dinding bagi menghalangnya dari pergi.

Saem Ahn memandang Younghoon ketakutan.

"Aku nak kau bla dari sekolah tu" arah Younghoon sambil masukkan lagi satu tangannya ke dalam kocek seluar.

"N-Nae?"

"Aku tak nak tengok muka kau dekat sekolah tu. Pastikan kau bla dari sekolah tu dalam masa seminggu. Aku nak kau pergi jauh dari bandar Seoul ni. Kau faham?"

"Ba-Baiklah.."

Younghoon mengalihkan tangannya dari dinding itu.

"Dah bla"

Saem Ahn menundukkan kepalanya lalu cepat-cepat pergi dari situ.

Younghoon memandang aku yang sedang memandangnya.

Wajahnya kembali berubah seperti asal.



•••

Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami langsung tidak mengeluarkan suara.

Aku masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi.

Pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran aku sekarang ini.

"Sarang"

Aku memandang Younghoon teragak-agak.

"Tanyalah" ujarnya.

"Tanya?"

"Oppa tahu Sarang ada banyak soalan yang nak tanya pada Oppa. Tanya je lah. Oppa akan cuba jawapannya"

"Jinjja?"

Younghoon menganggukan kepalanya.

Aku mengeluh kecil lalu memegang tangan Younghoon bagi menahannya dari terus berjalan.

Dia memandang tanganku yang sedang memegang tangannya.

"Mian" ucapku lalu melepaskan tangannya.

Aku mendongak memandang wajahnya.

"Sarang nak tahu pasal Saem Ahn. Apa maksud Oppa Saem Ahn buat kerja kotor?"

Younghoon mengeluh kecil lalu memusingkan badannya menghadap aku.

"Yeoja yang bersama dengan Saem Ahn tadi adalah Omma kepada salah seorang pelajar di sekolah kita. Saem Ahn menjual jawapan soalan peperiksaan kepada yeoja itu" beritahunya.

Dahiku berkerut.

"Jual jawapan soalan peperiksaan?"

"Nae. Bukan yeoja tu seorang je, tapi ramai lagi Ibu bapa yang bayar Saem Ahn dengan bayaran yang mahal untuk dapatkan kertas jawapan soalan. Mereka buat macam tu sebab mereka nak anak mereka mendapat kedudukan teratas dalam sekolah. Saem Ahn juga pernah menukar markah kepada markah yang paling tinggi kerana mereka bayar padanya. Saem Ahn mengambil kesempatan ini untuk dapatkan duit lebih banyak." Terang Younghoon.

Aku menganggukan kepala aku tanda faham.

"Pengetua tahu ke? Cikgu-cikgu lain?"

"Tak. Diorang tak tahu" kata Younghoon sambil mengelengkan kepalanya.

"Jadi, budak-budak paling pandai dekat sekolah kita tu, dapat jawapan dari Saem Ahn la?"

"Kebanyakkan dari mereka...ye"

"Woah, tak sangka ada juga ibu bapa yang macam tu. Oppa tahu, Sarang dengan Jia selalu ngumpat pasal budak-budak yang dapat nombor paling atas dekat sekolah kita tu. Kitaorang nampak diorang tak banyak belajar atau ulang kaji, tapi boleh dapat markah tinggi"

"Biasalah orang-orang kaya. Dah jomlah balik. Esok sekolah"

"Haahlah. Lupa pulak esok sekolah. Kajja"

Akhirnya, aku rasa sedikit tenang selepas mendengar penjelasannya.

Tapi, bagaimana pulak dengan Intak?











TBC

STEP BROTHER || Younghoon TBZWhere stories live. Discover now