🔴: 30

558 72 2
                                    

☀️☀️🚶🏻‍♂️🚶🏻‍♀️

Aku memandang Younghoon pelik apabila dia tiba-tiba menukar laluan.

"Oppa, bukan ke sekolah dekat sana?" Soalku sambil memegang lengan bajunya.

"Kita pergi ke rumah Lina" beritahunya.

"Rumah Lina Unnie? Kenapa kita ke sana?"

"Oppa dah janji dengan dia nak pergi ke sekolah sama-sama"

"Ouhh..." Aku melepaskan lengan bajunya perlahan.

Aku mengikuti Younghoon pergi ke rumah Lina unnie dengan langkah yang berat.

🏠🏠

"Oh! Sarang pun ada?"

Aku hanya melemparkan senyuman paksa.

"Maaf sebab lambat datang" ucap Younghoon sambil merenung wajah Lina Unnie.

Aku...cemburu melihat Younghoon memandang begitu pada Lina unnie.

🚶🏻‍♀️🚶🏻‍♂️🚶🏻‍♀️

Aku hanya memandang susuk tubuh Younghoon dari belakang dengan pandangan sedih.

Younghoon dan Lina unnie berjalan bersama di depan manakala aku berjalan seorang diri di belakang.

Aku tidak mahu menganggu mereka berdua.

Aku yang nak bantu Lina Unnie, jadi aku perlu terimanya.

"Sarang!" Panggil seseorang.

Aku menoleh ke arah belakang aku lalu ternampak Intak yang berlari ke arah aku.

"Sarang, annyeong" sapa Intak dengan senyuman.

"Annyeong" balasku.

Melihat senyuman Intak membuatku kurang memikirkan tentang Younghoon.

Aku memandang Younghoon yang memandang kami berdua.

"Intak-ah, Kajja" kataku lalu menarik tangannya pergi dari situ.

Aku sempat menoleh ke arah Younghoon sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah.

Dia hanya memandang aku aku dengan wajah yang datar.

•••

[Kelas]

"Hai Sarang! Hai In...tak"

Aku memandang Hana pelik apabila dia tiba-tiba terdiam.

Aku memandang ke arah tangan aku.

Alamak!

Aku tak perasan yang aku masih pegang tangan Intak!

Aku cepat-cepat melepaskan tangan Intak.

"Ko-Korang...bercin--"

Aku cepat-cepat menutup mulut Hana. Aku tahu apa yang Hana fikirkan sekarang ni.

"Kitaorang tak ada apa-apalah" kataku sambil memperlahankan suaraku.

Hana menarik tangan aku yang menutup mulutnya.

"Tapi, kenapa korang berpegangan tadi?" Soal Hana keliru.

"Em, tadi tu...aku..--"

"Ish kau ni. Itu pun nak rahsia. Nanti terbongkar juga rahsia korang. Tak pe, aku akan cuba simpan rahsia korang. Semoga hubungan korang kekal lama~" kata Hana dan berlalu pergi.

"Hana, jakkaman--"

Tidak sempat aku nak terangkan perkara sebenar pada dia, dia dah hilang dari pandangan aku.

STEP BROTHER || Younghoon TBZWhere stories live. Discover now