🔴: 11

771 90 8
                                    

"Hari ni, Oppa balik le-" kata-kata Younghoon terhenti sebaik sahaja dia menoleh ke arah Intak di sebelah aku.

"Kau?"

Aku memandang mereka pelik.

"Oppa kenal Intak? Intak ni satu kelas Sarang" beritahuku.

"Satu kelas?!"

"Oppa?!"

Terkebil-kebil mataku melihat riaksi mereka berdua.

"Sarang, dia Oppa awak?" Soal Intak tidak percaya.

"Nae. Wae?" Soalku kebingungan.

Dahi Intak berkerut.

Semasa Intak dalam kebingungan, Younghoon merapatkan wajahnya dengan wajah Intak.

Dia memandang tajam ke arah Intak.

Aku menjadi gelisah melihat pandangan tajam yang Younghoon berikan pada Intak.

Dia merapatkan mulutnya di telinga Intak lalu membisik sesuatu padanya.

Intak hanya memaparkan wajah datar sepanjang Younghoon membisikkan sesuatu padanya.

Semakin pelik aku melihat riak muka mereka berdua.

Younghoon menjarakkan dirinya dari Intak lalu memandang aku.

"Oppa balik lewat sikit hari ni. Kalau Sarang tak nak tunggu, balik je terus" ujarnya dan berlalu pergi.

Aku meyengetkan kepalaku sambil memandang Younghoon yang berjalan pergi.

Mereka berdua ada apa-apa ke?

Apa hubungan mereka berdua?



Tiririririrng!🔔

Lamunanku terhenti apabila lonceng berbunyi.

Aku menahan Intak yang ingin masuk ke dalam kelas.

Dia memandang tanganku yang memegang tangannya lalu memandang wajahku.

"Younghoon Oppa cakap apa dengan awak?" Soalku ingin tahu.

"T-Tak ada apa"

"Tipu"

Intak memandang aku serba salah.

"Dia cuma...suruh saya jagakan awak" ujarnya.

"Apa? Dia suruh awak jagakan saya?"

"Nae..."

"Tsk, suka-suka hati dia je suruh orang jagakan saya. Saya boleh jaga diri saya sendirilah." Ujarku sambil menyilangkan tangan.

Intak hanya tersenyum kecil.

•••



🏀🏀🏀

Selepas 15 minit kami bermain, kami bertukar dengan pelajar yang duduk di luar gelanggang.

Memandangkan padang tak cukup ruang, kami terpaksa bermain bergilir-gilir.

Aku mencapai botol air di tepi padang lalu meminumnya.

Aku berdiri di sebelah Saem Han yang menjadi pengadil.

"Jia! Jia! Jia!" Aku menyorak pada Jia yang sedang bermain.

Selepas aku menjerit nama Jia, semua orang yang berehat turut join menjerit nama member mereka.

Kini, suasana menjadi lebih meriah.

"Out!" Jerit Saem Han apabila bola keluar dari gelanggang.

"Korang pakai bola ni! Biar aku ambil bola tu!" Kataku lalu baling bola yang lain.

STEP BROTHER || Younghoon TBZWhere stories live. Discover now