🔴:04

950 98 9
                                    

Selesai sahaja aku geledah stor di rumah aku, aku pergi lepak di taman permainan yang berdekatan dengan kawasan rumahku.

Aku duduk di buaian lalu memandang tasik di depan aku.

Semasa aku kecil, aku selalu datang ke sini bermain dengan jiran-jiranku.

Tetapi sekarang ramai daripada mereka tiada di sini.

Mereka telah berpindah dan berlajar di tempat yang jauh.

Aku sangat rindukan mereka.

Kalau diberi peluang, aku ingin kembali ke zaman itu.

Itulah zaman yang paling seronok buat aku.

' Diriririririt~'📱

Aku berhenti mengerakkan buaian apabila telefon di kocek bajuku bergetar.

Aku mengeluarkan telefon itu lalu melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon aku.

[ Oppa tiri ]

Tanpa membuang masa aku terus jawab panggilan itu.

Yo--

Kau dekat mana?
Aku cari kau dekat rumah kau tak ada.

Tak sempat Sarang nak sapa dah potong.
Sarang ada dekat taman permainan depan tasik ni.

Dekat taman?!
Bahayalah perempuan duduk sana seorang-seorang.
Permainan tu dah lama tak digunakan. Jadi ramai budak-budak motor lepak dekat situ. Kau tunggu je dekat situ. Aku pergi ke sana.

N--

Tidak sempat aku ingin habiskan kata-kataku, dia terus tamatkan panggilan itu.

Dia cakap tempat ni dah tak digunakan?

Patutlah taman ni nampak macam tak dijaga.

Tapi sayanglah taman ni tak digunakan. Kalau dijaga, taman ni nampak cantik. Tambahan lagi taman ni berada di depan tasik.

Dah lah taman ni kenangan aku masa kecil...

"Yah"

Aku menoleh ke belakang apabila terdengar suara Younghoon.

"Ka--"

"Duduk sini" kali ni aku pula potong kata-kata nya.

"Nae?" Dia memandang aku bingung.

"Duduk sini" arahku sambil menunjuk buaian di sebelah aku.

"Duduk?"

Aku menganggukan kepala.

Dia mendekati buaian di sebelah aku itu dengan teragak-agak.

Dia duduk di atas buaian itu dengan kekok.

Aku memandangnya yang masih memakai baju uniform sekolah.

"Kenapa tak tukar baju dulu?" Soalku.

Dia terus memandang aku tajam.

Uish! Cepatnya dia berubah wajah~

"Kau lah punya pasal. Pergi ke sini seorang-seorang. Kalau budak-budak motor tu kacau kau macam mana." Bebelnya.

Aku tersengih.

"Oppa risaukan Sarang ke~~"

Wajah Younghoon kembali berubah. Dia cuba mengelak dari bertentangan mata dengan aku.

STEP BROTHER || Younghoon TBZWhere stories live. Discover now