🔴:17

630 75 4
                                    

🌙🌙🏠

Aku merenung coklat yang Intak beri di atas meja belajar aku.

Haih...

Kenapalah kau buatkan aku tertanya-tanya Intak...

Tok! Tok!

Aku menoleh ke arah pintu bilikku yang diketuk seseorang.

"Masuk..."

Terpapar wajah Younghoon sebaik sahaja pintu itu di buka.

Younghoon berjalan mendekati aku sambil membawa satu beg kertas.

"Apa tu?" Soalku ingin tahu.

"Coklat yang tadi tu" beritahu Younghoon sambil meletakkan beg itu di atas meja belajar aku.

"Ouhh..gomawo~" ucapku lalu melihat coklat di dalam beg itu.

Younghoon hanya balas dengan anggukan kecil.

"Oh? Siapa bagi coklat tu?" Soal Younghoon apabila ternampak coklat yang di beri oleh Intak itu.

"Ouh..coklat ni. Emm..ada orang yang bagi" beritahuku.

"Ada orang bagi? Siapa?"

"Adalah seseorang."

Wajah Younghoon seperti tidak puas hati.

"Seseorang tu siapa? Na-Namchin?" Soal Younghoon tidak putus asa.

Aku tersenyum jahat.

"Nae, Namchin" tipuku.

Mata Younghoon terus membulat.

"Na-Namchin?!"

"Nae. Waeyo?"

Mata Younghoon terkebil-kebil.

"Lelaki tu...dari kelas mana?"

"Mana boleh tahu. Kenapa? Oppa nak cari dia ke?"

"Ma-Mana ada. O-Oppa cuma nak tahu je."

Semakin suka aku mengusiknya.

"Oppa masuk ke dalam bilik Oppa dululah. Makanlah coklat tu.." kata Younghoon berputus asa lalu meninggalkan bilik aku itu.

Aku tergelak kecil.

Aku membuka laci meja belajar aku untuk menyimpan coklat yang Intak beri.

Niat aku itu terbantut apabila ternampak beberapa peket masker muka di dalam laci aku itu.

Masker muka ni aku dapat masa beli faundation tempoh hari.

Aku tak pernah guna Masker muka jenis itu.

Jadi...patut ke aku cuba pakai hari ni?

Sekejap.

Patut ke aku bagi Younghoon cuba masker muka ni juga?

😏

•••

Tok! Tok! Tok!

"Do you Wanna build the snowman~"

Aku menyanyi kecil sambil mengetuk pintu bilik Younghoon.

Tidak sampai 10 saat, Younghoon membuka pintunya.

"Wae?" Soal Younghoon dengan nada yang malas.

Aku tidak menjawab apa-apa dan terus menolaknya masuk ke dalam biliknya semula.

"Duduk" arahku.

"Kenapa ni?" Soal Younghoon kebingungan.

"Duduk je lah" kataku sambil menekan bahunya agar dia duduk di atas katilnya itu.

STEP BROTHER || Younghoon TBZWhere stories live. Discover now