🔴: 27

585 69 8
                                    

[No One Pov]

⛺☀️

Semua orang bangun sebaik sahaja siren dibunyikan untuk sarapan pagi.

Memandangkan mereka bangun secara mengejut, masing-masing kelihatan tidak terurus.

Rambut kusut.

Muka bengkak.

Kalau lambat nanti, kena denda pulak.

"Selamat pagi Younghoon sumbae" sapa Sua pada Younghoon yang sedang beratur mengambil makanan.

Younghoon menundukkan sedikit kepalanya lalu kembali memandang hadapan.

Sua rakan sekelas Sarang, jadi terpaksalah dia balas sapaan itu.

Kalau orang lain, memang tak lah dia nak layan.

"Sunbae, sunbae pakai stokin hari tu?" Tegur Hana pulak yang beratur di belakang Sua.

Mendengar sahaja apa yang Hana katakan, dia terus memandang ke arah kakinya.

Dia cuma pakai selipar jadi nampak stokin Doraemon yang dipakainya.

"Suka betul Sunbae pakai stokin tu" sambung Hana.

"Haish! Sepatutnya aku buang stokin ni" gumam Younghoon menahan geram.

Apabila tiba gilirannya untuk ambil gambar, Younghoon terus ambil makananya dan terus pergi dari situ.

•••

Semasa Younghoon sedang mencari tempat untuk makan, dia ternampak Intak membawa makanannya sambil menunju ke arah tempat Sarang.

Tanpa membuang masa, Younghoon terus pecut memotong Intak lalu duduk di sebelah Sarang.

Intak tercengang.

Younghoon memberi isyarat 'pergi' kepada Intak.

Intak mengeluh berat lalu pergi duduk di tempat lain.

Younghoon tersenyum gembira lalu memandang Sarang yang duduk di sebelahnya.

Younghoon memandang Sarang pelik apabila Sarang hanya menundukkan kepalanya.

Younghoon cuba untuk melihat wajah Sarang tetapi tidak boleh kerana rambutnya yang terjuntai menutupi wajah Sarang.

Younghoon menyelak rambut Sarang lalu menyelitkan di telinganya dengan penuh berhati-hati.

Nampaknya Sarang sambung tidur di sini.

Younghoon tersenyum kecil melihat Sarang yang tertidur itu.

"Sarang, bangun" kejut Younghoon lembut.

Perlahan-lahan Sarang membuka matanya.

"Ah, Mengantuknya" gumamnya.

"Malam tadi tidur lambat ke?" Soal Younghoon.

"Haah. Malam tadi Sarang dengan Jia tengok drama True Beauty" beritahu Sarang sambil membuka plastik rotinya.

"Tak habis-habis dengan drama tu" gumam Younghoon yang cemburu.

Mana tidaknya, Sarang selalu memuji pelakon-pelakon lelaki di dalam drama tu.

"Nae? Oppa cakap apa tadi?"

"T-Tak ada apa. Cepatlah makan, nanti tak sempat nak makan pulak"

Sarang menganggukkan kepalanya lalu makan rotinya.

Semasa Younghoon ingin menyuapkan roti ke dalam mulutnya, dia ternampak beberapa cameraman datang merakam pelajar-pelajar yang sedang makan.

Younghoon memandang rambut Sarang yang kelihatan kusut.

STEP BROTHER || Younghoon TBZWhere stories live. Discover now