🔴: 18

698 78 7
                                    

🚶🏻‍♂️🚶🏻‍♀️🏫

Aku menyumbat lebihan sandwish ke dalam mulutku.

Hari ni kami terlewat, jadi terpaksa aku makan sambil berjalan menunju ke sekolah.

"Dah kenyang?" Soal Younghoon yang berjalan di sebelahku.

Aku balas dengan anggukan kepala.

"Jakkaman"

Aku berhenti berjalan apabila Younghoon memegang tanganku.

"Wae?"

Younghoon tidak berkata apa-apa, malah dia terus mengelap sesuatu di bibirku dengan ibu jarinya.

Semasa dia menyentuh bibirku, jantungku berdegup dengan laju.

"Ada sos dekat bibir Sarang" beritahunya.

"Ouh, Gomawo~ Sekejap, Sarang ada ti--su..."

Aku tergamam apabila Younghoon menjilat ibu jarinya.

"Gwenchana. Ibu jari Oppa dah bersih. Kajja"

•••

🏫🏫🏫

Baru sahaja kami nak melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, Intak yang tiba-tiba muncul, berdiri di depan kami.

Aku memandang Younghoon yang berada di sebelah aku.

Seperti biasa riak wajahnya berubah setiap kali bertembung dengan Intak.

"Annyeong, Sarang" sapa Intak sambil melemparkan senyuman.

"An-Annyeong" balasku kekok.

Intak mengalihkan pandangannya ke arah Younghoon pula.

"Annyeonghasaeyo, Younghoon sunbaenim. Eh- bukan-bukan. Younghoon Hyung" sapa Intak dengan mesra.

Dahi Younghoon berkerut.

"Intak, awak buat apa dekat sini? Awak tunggu kawan awak ke?"

"Taklah. Saya tunggu awak"

"Nae?!"

"Younghoon Hyung, saya dengan Sarang pergi masuk ke kelas dulu ye. Jumpa lagi nanti. Annyeong"

Intak memegang tangan aku lalu bawa aku pergi.

Aku sempat memandang Younghoon di belakang.

Dia hanya berdiri tegak dan memandang aku.

•••

Tiba sahaja di aras kelas aku, Intak melepaskan tangan aku dengan lembut.

"Mian" ucapnya sambil mengusap tengkuknya.

"Ah, nae..." Aku mengusap pergelangan tangan aku yang dipegang oleh Intak tadi.

"Wae? Pergelangan awak sakit ke? Saya terpegang tangan awak kuat sangat ke?" Soal Intak serba salah.

"T-Tak. Saya okey." Kataku lalu berhenti mengusap pergelangan tangan aku itu.

Aku usap pergelangan tangan aku bukan sebab sakit. Tapi sebab aku rasa kekok.

Sepanjang Intak pegang tangan aku tadi, semua pelajar memandang kami.

Aku takut kalau ada gosip-gosip yang tidak benar tentang kami berdua keluar dari mulut mereka.

"Sarang" panggil Intak.

"Nae?"

"Dia tu...ah, maksud saya Younghoon sunbae tu...cuma Oppa tiri awak dan bukan Oppa kandung awak kan?" Soal Intak.

STEP BROTHER || Younghoon TBZWhere stories live. Discover now