PART 06

485 80 9
                                    

Stella membuka matanya. Sinaran cahaya mentari yang memancar membuatkan matanya merasa segar. Dia bangun dengan perlahan-lahan sambil mata digosok-gosok.

Kakinya diletakkan di atas lantai sejuk itu kemudian langsir diikat. Entah kenapa dia merasakan hari ini ada sesuatu yang baik bakal terjadi. Kenapa ya?

Baju Hoodie merah disarungkan dan dipadankan dengan seluar hitam. Kasut bewarna putih dikenakan menampakkan keserian pada diri Stella hari itu.

Dia begitu bersemangat kerana cuti sekolah sudahpun berlangsung. Mudahlah dia untuk mencari peluang itu untuk merehatkan mindanya.

Pagi itu Stella merancang untuk ke rumah keluarga angkatnya iaitu keluarga Leviridz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pagi itu Stella merancang untuk ke rumah keluarga angkatnya iaitu keluarga Leviridz . Sudah lama dia tidak mengunjungi rumah keluarga angkatnya itu.

Selalunya setiap kali cuti, ibu bapanya dahulu pasti akan membawanya ke sana. Tetapi sekarang, banyak sekali yang berubah selepas kejadian suatu ketika dahulu.

Apps 'MAXIM' dibuka lalu Stella mula menempah Maxim pada pagi itu untuk menghantarnya ke destinasi.

Setelah selesai, Stella merenung suasana di luar rumahnya itu. Awan yang menghiasi langit, bunyi kicauan burung di pagi hari, dan matahari yang mulai terbit. Indahnya.

Kadang-kala Stella terfikir. Kemana Leviridz menghilang selepas kali terakhir dia melihatnya ketika berusia 7 tahun? Kemudian setelah itu, setiap kali Stella kembali ke rumah keluarga angkatnya, kelibat Ridz pasti tidak kelihatan. Mengapa, ya?

Bangku batu itu sejuk sahaja diduduki olehnya. Stella memejam matanya sambil menghirup udara yang segar.

'Pin Pin'

Stella terkejut seketika apabila sebuah kereta sport hitam berhenti dihadapan pagar rumahnya. Dikecilkan matanya untuk melihat siapakah gerangan yang hadir.

"Stella"

Cermin kereta diturunkan. Terpapar wajah lelaki yang dikenalinya.

"Eh Sean"

Sean  merupakan rakan sekelasnya. Sean hanya tersenyum memandang gadis itu.

"Nak ke mana cik adik kita pagi-pagi ini?" soal Sean prihatin. Stella hanya tergelak kecil mendengar usikan Sean.

"Rumah keluarga angkat" Balas Stella.

"Oh. Keluarga angkat. Nak tumpang ke? Alang-alang aku nak pergi ambil member ini. Kalau nak tumpang boleh saja" pelawa Sean.

Stella berfikir sejernak. Dia baru sahaja menempah Maxim tadi. Tapi dia tidak biasa dengan si Sean ini. Mungkin akan jadi canggung kalau mereka di dalam kereta nanti.

"Tak apa lah Sean. Aku dah order maxim tadi" tolak Stella dengan lembut.

Sean hanya mengeluh sendirian kemudian dia memandang ke arah bahagian penumpang belakang keretanya.

THE DARK SIDEWhere stories live. Discover now