PART 04

733 95 6
                                    

Tangannya bergerak laju menulis sesuatu di atas notepad di tangannya itu menggunakan pen. Dia mendongak dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya.

"Ada apa-apa lagi ke?" tanya Stella dengan ramah. Pelanggan di hadapannya itu dipandang dengan senyuman.

"No need" Stella mengangguk kepalanya. Nombor meja ditulis di bawa pesanan itu.

Dia berlalu pergi ke dapur lalu helaian kertas yang tertulis menu yang dipesan itu dikoyakkan dan disepitkan di satu tali bersama helaian kertas yang lain.

Notepad tersebut dimasukkan ke dalam poket apron yang dipakai hanya di bahagian pinggangnya itu bersama pen.

Dia tersenyum ke arah Ronald dan Cindy yang bekerja sebagai tukang masak di kafe itu. Badannya disandarkan di dinding melepaskan lelah. Terlihat Elica yang sibuk menghantar pesanan.

"Stella! Ada pelanggan!" Terdengar suara Ben di kaunter memanggilnya. Stella berjalan keluar dari dapur.

Notepad dan pen dikeluarkan lalu dia berjalan ke arah pelanggan yang baru saja mengambil tempat duduk.

"Selamat datang ke kafe kami. Order?" Stella bertanya ramah. Selesai sahaja dia mengambil pesanan terus dia ke kaunter. Pesanan air diberikan kepada Ben lantas dia ke dapur pula.

"Stella nampak lesu. Sakit ke?" tanya Cindy risau. Wajah pekerjanya itu kelihatan lesu.

"Cuma penat sikit" balas Stella. Senyuman nipis ditarik.

"Stella rehat lah dulu. Sekejap lagi pun kafe dah nak tutup" kata Cindy. Tangannya bergerak meletakkan hidangan di atas dulang. Elica mengambil alih dengan membawa pesanan itu untuk dihantar kepada pelanggan.

"Tak apa ke?" tanya Stella. Cindy mengangguk kepalanya. Stella melangkah ke tangga. Tingkat atas terdapat tandas dan zon larangan.

Zon larangan hanya dibenarkan pekerja sahaja masuk kerana merupakan pejabat dan locker pekerja serta bilik persalinan.

Stella menapak lemah menaiki tangga itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk duduk di tangga itu sahaja. Kepalanya disandarkan di pemegang tangga yang merupakan kayu itu.

Keluhan dilepaskan. Matanya dipejam rapat. Dia sering tidak fokus sejak dua menjak ini. Otaknya sering sahaja memikirkan kedua ibu bapanya. Tiada apa lagi yang dia inginkan selain berjumpa dengan ibu bapanya.

"Leviridz" Dan setiap kali dia memikirkan tentang ibu bapanya, pasti nama itu meniti di bibirnya secara spontan.

3 manusia yang disayanginya menjauh darinya. Mereka pergi dari hidupnya tanpa ada sekelumit belas kasihan terhadapnya yang hidup terumbang-ambing sendirian di sini.

"Kenapa dunia ini kejam sangat?" rintihnya perlahan. Dia menunduk memeluk lututnya. Air matanya mengalir lesu.

"Kenapa?" Akhirnya dia menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya.

"Kenapa?" Akhirnya dia menangis teresak-esak mengenangkan nasibnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE DARK SIDEWhere stories live. Discover now