PART 01

1.5K 175 26
                                    

Stellaluna Carleny atau lebih dikenali sebagai Stella berjalan menuju ke arah sekolahnya. Kelihatan pada pagi itu, para pelajar mula menuju ke kelas masing-masing untuk meletakkan beg sebelum menuju ke dewan, bagi sesi perhimpunan sekolah mingguan.

Stella tidak memaparkan sebarang senyuman diwajahnya. Dia terus melangkah ke arah kelasnya. Pintu kelas dibuka.

Masih belum ramai yang tiba di kelas itu. Hanya ada dua orang pelajar sahaja yang baru sampai ke sekolah.

Stella memandang kosong kelas itu lalu dia meletakkan begnya di atas kerusi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Stella memandang kosong kelas itu lalu dia meletakkan begnya di atas kerusi. Mejanya terletak di barisan belakang sekali iaitu di belah kanan. Dia lebih suka duduk di belakang kerana lebih tenang dan tidak diganggu oleh sesiapa.

Stella hanya mengambil tempat di atas kerusi lalu dia mula mengeluarkan buku tulisnya yang akan dibawa ke dewan nanti. Jam ditangan dikerling seketika.
'7.02 a.m.'

Masih awal lagi. Dia masih ada masa untuk study topik yang bakal mereka belajar hari ini di kelas. Buku rujukan dibuka dan dibaca oleh Stella. Rakan-rakan kelasnya yang berada di dalam kelas itu hanya memandang ke arahnya.

"Dia tak penat ke study? Hari-hari asyik tengok buku je" Ujar salah seorang rakan sekelasnya.

"Itulah. Aku kadang-kadang tak faham dengan budak terlebih rajin macam ini..like..dia ada life tak?" kedengaran sindiran sinis diberikan kepadanya.

Stella yang malas hendak mendengar apa yang dikatakan oleh rakan sekelasnya, terus memakai airpod di telinganya.

Rakan kelasnya itu hanya tersenyum sinis apabila melihat Stella yang tidak mempedulikan bicaranya.

"Eleh. Tak nak dengar saja tutup telinga. Tak nak dengar saja buat-buat dengar lagu" ujar rakan sekelasnya itu lagi.

"Dah lah Fancy, tak reti nak hormat orang ke kau ini? Dari awal tahun lagi aku perhati perangai tak senonoh kau itu" Seorang lelaki yang baru tiba menjeling tajam Fancy.

Fancy hanya menjuling biji matanya ke atas lalu dia terus berlalu pergi diikuti dengan seorang membernya.

Stella memandang ke arah Sean Harold iaitu merupakan orang yang selalu mem 'backup' dirinya sepanjang dia berada di kelas itu.

Sean mengambil tempat duduk di sebelah meja Stella. Itu memang tempatnya. Walaupun Sean jarang menegur Stella, namun Stella sangat berterima kasih kepada lelaki itu kerana sentiasa memahaminya.

Bagi Stella, Sean merupakan antara prefect sekolah yang paling humble and also good looking.

Bukan itu sahaja, Sean ini juga amat terkenal di kalangan para gadis. Mahupun pelajar dari sekolah lain turut mengenalinya. Stella kembali membaca bukunya dan airpod dicabut daripada telinganya.

THE DARK SIDEWhere stories live. Discover now