PART 10

313 42 8
                                    

Ridz melangkah masuk ke dalam rumah agam itu bersama Kyle dan Evan. Pintu ditutup rapat. Kelihatan Ken yang sedang menonton televisyen dengan riak wajah yang dipamerkan kosong.

"Selain Ridz, kenapa Ken ini menyeramkan?" bisik Evan perlahan kepada Kyle. Kyle mengangguk-anggukan kepalanya bersetuju mendengarkan kata-kata Evan itu.

"Dia jadi menyeramkan macam itu sebabnya mana tahu dia boleh jadi Grim Reaper tarik nyawa kau" bisik Kyle kembali. Dengan pantas tangan Evan bergerak memukul kepala Kyle.

"Kau ini" marah Kyle sambil memegang belakang kepalanya. Kakinya naik menendang betis Evan dengan kuat. Sampai berlutut Evan di atas lantai dibuatnya. Rasakan!

"Diam" tegur Ken di hadapan televisyen. Ridz pula sudah menghilang ke bilik tembakan. Lelaki itu memang sering ke bilik tembakan sekadar untuk berlatih.

Mendengarkan teguran Ken itu, Kyle dan Evan pantas menutup mulut. Laju sahaja mereka melarikan pandangan apabila Ken merenung mereka dengan tajam. Dengan pantas kedua-dua lelaki itu berlari ke bilik latihan mereka.

"Selain Ridz, aku tak nak mati dekat tangan Ken" kata Evan lalu menggelengkan kepalanya dengan bersungguh-sungguh. Menunjukkan betapa takutnya dia dengan Ken.

"Apa-apa saja lah" balas Kyle malas. Dia menukar baju sekolahnya kepada T-shirt tidak berlengan. Rambut hadapan yang sedikit panjang itu diikatnya satu.

"Kau rasa kan kenapa Zoey pindah balik sini?" soal Evan membuka topik. Dia juga menukar bajunya kepada T-shirt tidak berlengan.

"Manalah aku tahu. Kau tanya aku macamlah aku mak dia" jawab Kyle sarkastik. Air diteguk sedikit menghilangkan haus.

Evan mencebik mendengarkan jawapan menyakitkan hati Kyle itu. Dia berjalan ke tengah gelanggang tinju diekori Kyle. Dia menyarungkan sarung tangan tinju pada kedua belah tangannya.

"Tapi kan kau tak rasa pelik ke bila Zoey tiba-tiba muncul?" Evan masih lagi mencuba nasib untuk membuka topik tentang hal Zoey.

"Selepas itu, kau nak suruh aku buat apa? Ridz pun tak kata apa-apa. Kau ni pula sibuk nak jadi pakcik bawang. Diam-diam sudahlah" balas Kyle lagi. Dia menyerang Evan tetapi kesemua serangannya dielak oleh Evan.

Evan berdecit geram. Tak sah kalau tak cari gaduh sahabatnya yang seorang ini. Dia menghayunkan tangannya ke wajah Kyle apabila mendapat peluang. Kyle sempat mengelak sebelum membalas kembali.

Terpisat-pisat Stella bangun dari pengsannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terpisat-pisat Stella bangun dari pengsannya. Dia dapat mendengar jelas suara Liana dan Liza yang sedang berbual berdua.

Tekaknya terasa kering. Dia menukar posisi baringnya kepada duduk. Liana yang perasan Stella sudah tersedar lantas mendekati gadis itu.

"Bila akak dengan Liza sampai?" soal Stella ingin tahu. Liza datang menghampiri bersama segelas air kosong. Stella menyambut huluran gadis itu lalu meneguk air tersebut sehingga setengah gelas.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE DARK SIDEWhere stories live. Discover now