PART 07

442 80 8
                                    

Kakinya melangkah keluar dari rumah serba mewah milik keluarga Ridz itu. Stella tersenyum ke arah Aunty Diana. Kelihatan wajah wanita yang sudah menginjak pertengahan tahun itu menayang wajah sayu.

"Cepatnya Stella balik. Tak nak tidur sini ke?" ujar Aunty Diana dengan sayu. Kedua belah tangan Stella digenggamnya. Gadis dihadapannya ini sudah dianggap seperti anak sendiri.

"Tak boleh lah, aunty. Stella kena kerja. Tak boleh nak tidur sini" tolak Stella dengan lembut. Aunty Diana masih menayangkan wajah sayunya.

"Okey macam ini. Kalau Stella tak sibuk, Stella datang sini lagi" kata Stella. Dia cuba memujuk hati ibu angkatnya itu.

"Tidur sini?" tanya Aunty Diana. Stella tersenyum kecil lalu menggelengkan kepalanya kecil.

Aunty Diana memuncungkan bibirnya. Tingkah wanita itu seperti belasan tahun. Sesuai dengan wajahnya yang masih kelihatan cantik. Stella tergelak kecil.

"Ya lah. Ya lah. Nanti Stella tidur sini tapi Stella tak janji tahu" putus Stella. Aunty Diana tersenyum lebar.

"Stella balik ini naik apa?" tanya wanita itu.

"Stella naik maxim. Sekejap lagi sampailah itu" balas Stella. Aunty Diana mengangguk faham.

"Stella jangan kerja sampai tak jaga kesihatan pula. Kerja itu kerja juga tapi kesihatan kena jaga. Kalau ada masalah, bagitahu saja aunty. Aunty akan tolong" pesan Aunty Diana.

"Okey, aunty" balas Stella dengan senyuman yang diukir manis diwajahnya.

Stella menoleh ke belakang apabila sebiji kereta berhenti di hadapan mereka berdua yang berdiri di luar pagar itu. Stella menoleh semula memandang Aunty Diana.

"Stella dah kena balik" kata Stella.

"Kak Stella!" jerit Liza sambil berlari ke arahnya. Terkejut Stella dibuatnya apabila gadis itu memeluknya sehingga dia terundur ke belakang beberapa tapak. Tergelak Stella dengan tingkah gadis itu.

"Elok-elok sikit Liza. Nasib Stella tak jatuh" tegur Liana. Dia berdiri disebelah ibunya itu. Dipeluk bahu Aunty Diana.

"Tak apa lah. Kalau jatuh, kita bersama-sama tergolek. Betul tak kak Stella?" kata Liza. Stella menganggukan kepalanya dengan gelakan.

"Macam-macamlah kau ini" kata Liana kepada adiknya itu. Liza mencebik. Dia memeluk lengan Stella dengan manja. Stella mengusap kepala gadis itu.

"Hati-hati balik. Jaga diri. Kalau ada apa-apa, boleh saja nak cari akak dekat rumah itu. Kita kan jiran" kata Liana dengan senyuman.

Stella tergelak kecil. Dia hampir lupa bahawa dia dan Liana berjiran. Mereka sangat jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan aktiviti harian mereka. Cuma kebanyakkan waktu Liana akan menyinggah di rumah ibu bapanya itu.

"Memang kita jiran tapi nak nampak akak pun susah" kata Stella dengan senyuman.

Liana tersengih. Dia memang jarang berada di rumah. Lagi-lagi dia tinggal bersama Ridz. Ridz juga turut jarang berada di rumah. Sering sahaja pulang lewat ke rumah.

"Kak Stella pergilah cepat. Lama sangat dah itu orang itu tunggu. Marah dia nanti" celah Liza apabila Liana dan Stella sudah mula berbual bagai berada di kedai kopi.

"Oh haah lah. Akak pun lupa yang akak nak balik" balas Stella lalu tergelak. Dia memeluk Liza. Kemudian, Liana dan terakhir sekali Aunty Diana. Agak lama ibu angkatnya itu memeluknya bagai tidak mahu lepas.

"Sampai bila itu nak peluk? Panas punggung orang itu menunggu kak Stella" seloroh Liza. Tergelak dibuatnya Aunty Diana dan Stella.

"Diamlah kau. Bising betul" ujar Liana kepada Liza. Liza menjelirkan lidahnya. Aunty Diana menggelengkan kepalanya. Pantang berjumpa pasti mahu bertikam lidah.

THE DARK SIDEWhere stories live. Discover now