Stella membuang sampah ke dalam tong sampah yang terdapat di luar perkarangan rumahnya itu.
Dia mendongak ke arah langit. Spontan bibirnya menarik senyuman melihat bulan dan bintang-bintang yang bersinar terang menghiasi langit yang gelap itu.
I wish I could be a star that shining every second without non-stop. When people look at the sky, they will smile when look at me. I wish, I could.
Stella berjalan perlahan menuju ke pintu rumahnya. Dia terdengar bunyi motorsikal berkuasa tinggi yang masuk ke dalam garaj di rumah sebelahnya.
Tidak lama itu enjin motorsikal dimatikan dan terdengar bunyi pintu pagar yang dibuka dan ditutup. Stella melangkah masuk ke dalam rumahnya. Pintu dikunci.
Matanya memandang sekeliling rumahnya yang kelihatan muram sahaja. Hanya satu lampu dihidupkan menerangi ruang tamu itu. Kakinya naik memanjat tangga menuju ke bilik tidurnya.
Bilik tidurnya hanya dibiarkan diterangi dengan lampu tidur di sebelah katilnya sahaja. Lampu tidur itu dimatikan olehnya. Terus biliknya menjadi gelap.
Dia memandang tingkap biliknya. Tiba-tiba sahaja dia tertarik untuk ke tingkap biliknya itu.
Kakinya melangkah perlahan ke arah tingkap biliknya itu. Biliknya itu berhadapan dengan sebuah bilik di rumah jirannya. Tingkapnya di buka.
Terlihat bilik yang gelap itu bertukar terang. Terlihat satu bayang-bayang lelaki di sebalik langsir yang menutupi pintu gelangsar balkoni bilik itu.
Terdengar bunyi pintu bilik lelaki itu dibuka. Suara orang yang berbual juga dia dengar sekadar sayup-sayup sahaja. Tidak lama itu bunyi pintu bilik ditutup.
Stella ralit memerhati tingkah lelaki disebalik langsir itu. Bayang-bayang lelaki itu berjalan mendekati pintu gelangsar itu. Langsir diselak. Serentak dengan itu Stella menutup laju tingkap biliknya.
Dia tidak dapat melihat jelas wajah lelaki itu kerana membelakangi cahaya. Dia lihat lelaki itu membuka pintu gelangsar lalu berdiri di balkoni sambil memandang langit.
"Leviridz" sebut Stella perlahan. Tapak tangan kanannya dilekapkan ke kaca tingkap.
Leviridz Stanford si lelaki misteri yang dulu pernah hadir di dalam hidupnya. Dia ingin sekali melihat wajah itu setelah sekian lama mereka tidak lagi berhubung.
Dia masih menganggap lelaki itu sebagai sahabatnya walaupun sekian lamanya. Wajah lelaki itu juga dia sudah ingat-ingat lupa. Dia juga tidak mempunyai gambar lelaki itu.
"Kenapa kita semakin jauh? Apa sebabnya?"
"Ridz" Ridz berpaling ke belakang. Terlihat wajah kakaknya yang berada di ambang pintu.
"Apa?" tanya Ridz. Beg sekolahnya diletakkan di atas meja belajar. Dia duduk di atas meja belajarnya itu memandang kakaknya.
YOU ARE READING
THE DARK SIDE
Action| HIATUS | «»«»«» Stellaluna Carleny. Satu nama yang kedengaran indah namun hakikatnya kehidupannya tidaklah seindah mana. Dia hilang punca. Dia hilang kasih sayang dari kedua ibu bapanya sejak dia menginjak remaja. "We will through something in...