PART 09

346 61 8
                                    

Stella berhenti melangkah saat merasakan dirinya tidak lagi bermaya. Dia menyepetkan matanya apabila cahaya matahari membuatkan pandangannya menjadi silau.

Dia meneruskan langkahnya ingin pulang ke rumah. Dia ingin berehat sebentar di rumah. Kebiasaannya dia akan terus ke tempat kerjanya tetapi hari ini dia merasakan dia sudah tidak larat lagi. Dia memilih untuk segera pulang ke rumah.

"Sejuknya" bisiknya perlahan. Dia merasakan sungguh sejuk walaupun matahari tepat berada di atas kepala. Stella memandang sekeliling. Hanya dia saja yang kelihatan seperti kesejukan. Langkah diteruskan agar tiba di rumah dengan segera.

"Sorry" ucap seseorang apabila melanggar Stella. Stella menggelengkan kepalanya ke arah lelaki yang melanggarnya itu tanda tidak apa-apa. Dia membiarkan sahaja lelaki itu yang melangkah pergi.

Bahunya disentuh. Hari ini sudah dua kali dirinya dilanggar. Dia juga langsung tidak berkata apa-apa. Dia kembali berjalan.

Nafasnya sedikit tercungap-cungap. Peluh dingin mengalir di dahi. Hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi untuk dia tiba di hadapan rumahnya. Saat tangannya ingin membuka kunci di pagar, tiba-tiba pandangannya berbalam sebelum bertukar gelap.

 Saat tangannya ingin membuka kunci di pagar, tiba-tiba pandangannya berbalam sebelum bertukar gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ridz menayang wajah dinginnya saat berjalan ke parking motorsikal. Dia memekakkan saja telinganya saat mendengar Kyle dan Evan berperang mulut. Sean pula hanya berjalan santai saja.

"Dia dah balik ke?" tanya Ridz kepada Sean apabila melihat lelaki itu masih boleh berjalan santai bersama dengan mereka. Kebiasaannya Sean tidak akan bersama mereka kerana sering memerhati Stella atas arahannya.

"Hm" gumam Sean sebagai jawapan. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket. Tangan kanannya mengeluarkan telefonnya yang berdering nyaring.

"Senyaplah" arah Sean kepada Kyle dan Evan. Tidak habis-habis ingin bergaduh mulut. Sudahlah bergaduh tentang hal kecil saja. Bingit telinganya mendengar suara Kyle dan Evan itu. Terdiam Kyle dan Evan dibuatnya.

"Hello" ujar Sean apabila dia menjawab panggilan. Langkahnya diberhentikan. Dia mengeluh perlahan. Kerjanya tidak pernah habis. Hampir 24 jam dia asyik bekerja saja. Ini kalau dapat gaji sama rata dengan sahabat-sahabatnya yang lain, tak tahulah hendak kata apa.

"Ya. Nanti aku datang. Aku baru balik sekolah. Tak pernah nak tengok aku senang sekejap" kata Sean dengan malas. Dia mematikan panggilan lalu telefonnya disimpan semula ke dalam poket seluarnya.

"Apa hal?" tanya Kyle ingin tahu. Mereka berempat naik ke atas motor masing-masing. Ridz terlebih dahulu memakai helmet di kepalanya.

"Devon suruh aku tengok-tengokkan tempat baru itu" balas Sean lalu memakai helmet. Enjin motor dihidupkan lalu terus dia berlalu pergi.

"Dia blah macam itu saja?" ujar Evan tidak percaya. Dia menoleh ke arah Ridz dan Kyle. Ridz sudah siap menghidupkan enjin. Kini gilirannya pula meninggalkan perkarangan sekolah itu.

THE DARK SIDEWhere stories live. Discover now