kereta api takdir

41 4 0
                                    

Kereta api takdir ini,
Terus ku naiki lagi
Menanti untuk berhenti
Demi melihat kau sendiri

Kadang aku tertanya
Kenapa sentiasa ada kau disana
Tiap ruang dan masa
Menanti kereta api yang berbeza

Sayang peluang ini terus dibuang
Kau hanya menunggu kereta api diseberang
Setiap perhentian pastikan ku pandang
Keindahan kau terpampang tayang

Terus,aku hanya mampu meratap
Kesakitan takdir yang termaktup tetap
Mungkin kita hanya mampu menatap
Melihat takdir menyambat sentap

Kelak kereta api kau tiba
Kau terus menaikinya semula
Menuju perhentian yang seterusnya
Meninggal ku dibelakang seperti biasa

Kadang aku tertanya,
Bilakah masa untuk kita berkongsi kereta api yang sama,
Atau mungkin sahaja,
Kau akan terus menaiki kereta api diseberang selamanya.

Mentari dan PurnamaWhere stories live. Discover now