cinta itu ........?

20 3 0
                                    

aku sayang kau
saat kau muncul di dalam kesuraman
aku terpinga mempersoalkan
adakah tuhan mengasihi hambaNya yang durka kemiskinan?

lantas aku terleka dek indahnya ia
usai ku tersedar rupanya itu cinta sebenar
cinta yang ditakdirkan

tika aku memandang yang lain
meski mereka cantik,berharta,walau juga baik hatinya
namun,sirna dari sinar cinta itu yang paling menerangi

tanpa segan tanpa silu
aku memulakan langkah penuh rancangan dan tawakal dahulu
kemudian baru ku titipkan luahan isi hati yang menyorok dipiggir kesunyian

Tapi,dasar cinta itu kejam
dengan mulia dia menidakkan
alasannya dia belum bersedia
mungkin kelak di masa hadapan

Tika itu aku meronta membelakangkan silau itu
dengan perlahan ku mengundur diri
dengan sayunya ku terus berlari
meninggalkan satunya cinta hakiki

walau aku sudah di bucu penjuru dunia
cahaya itu terus menyuluh dari belakang
dan kadang aku menoleh seketika
dengan niat untuk mengintai sahaja

tapi alangkah indahnya cinta yang ditakdirkan itu
saking cerahnya ia mata ku buta buat sementara
ibarat menonton bidadari syurga

Sebenarnya,cinta itu kejam sifatnya
meski aku menaburkan sayang padanya
Tetap sahaja 'tidak' jawapannya

dan kembali semula kepada aku yang disini
tak banyak yang bisa aku korbani
cukuplah harapan dan sayang yang murni

dan kala ini
aku hanya ditakdirkan untuk memandangnya
cukup sekadar memandangnya sahaja.

Mentari dan PurnamaWhere stories live. Discover now