1 tahun yang lalu.
" Berhenti suka aku. "
" M-maksud kau? " gadis itu bingung. Lelaki dihadapannya ini mengeluh kasar.
" Lee Seulbi! Geumanhae! Aku tak suka kau! Aku benci kau! Faham?! " tengkingan itu sedikit sebanyak membuat Seulbi tersentak hebat. Tangannya menggenggam rok sekolahnya.
Mata gadis itu mula merah apabila dia cuba menahan tangisannya. Bibirnya turut menggigil. Musim sejuk sudah tiba, salji mula turun. Seulbi mengetap bibirnya.
" Kita hanya kawan dan kau rosakkan hubungan kawan kita. " ujar Yeonjun dan berlalu pergi. Hidung Seulbi memerah kerana menangis tambahan pula musim sejuk begini.
•_____♥︎_____•
Lee Seulbi
Hai, aku Lee Seulbi remaja yang berumur 18 tahun. Mempunyai dua orang kawan sengal dan mental. Memperkenal Kim Jina dan Park Hyera.
Kim Jina seorang gadis yang sedikit gempal tapi tak terlalu gempal. Mungkin dari segi muka dia kelihatan gemuk. Berambut pendek paras dagu dan berbangs. Park Hyera gadis kurus dan cantik. Dia juga type orang yang ceria. Rambutnya ikal mayang dan panjang yang memperlihatkan dahi. Ramai lelaki meminatinya tapi dia menolaknya sebab nak kejar cinta hatinya, Hueningkai.
Dan aku, Lee Seulbi seorang gadis yang malang. Entah, mungkin bagi aku. Ditolak crush mentah-mentah. Tch, aku kelihatan sungguh bodoh apabila mengingati kembali kejadian setahun yang lepas. Tahun paling menyebalkan untuk aku! Dan aku boleh kata aku ni gila sebab masih menyukai lelaki tu walaupun dia dah lakukan aku sebegitu.
Di tambahkan lagi masalah keluarga. Aish! Malangnya! Aku.. rindu appa. Lelaki terbaik yang pernah aku jumpa dalam hidup aku. Seriously, hidup aku berubah 360° selepas dia meninggal. Tiada siapa tahu kisah keluarga aku ini kecuali Hyera.
Dia sahajalah yang aku sayang sekarang. Sungguh aku tak boleh hilang dia. Penyemangat hidup aku dan orang yang paling aku berterima kasih adalah.. Hyera. Pendengar masalah aku yang paling setia.
Dia juga sama seperti aku tapi dia sudah kehilangan kedua-dua orang tuanya. Ommanya meninggal kerana sakit kanser dan appanya kemalangan semasa balik daripada kedai. Aku bersimpati dengannya sangat-sangat. Dia hanya tinggal dengan neneknya sahaja.
Aku pula? Aku tak tinggal dengan omma. Aku tinggal dengan makcik aku. Kenapa aku tak tinggal dengan omma? Adalah masalah aku, sibuk je.
" Yah, Seulbi. Kau termenung apa? " Jina mengetuk meja belajar aku. Aku tersentak. Aku menggeleng laju menandakan tiada apa-apa yang aku fikir. Pintu kelas ditolak. Akulihat kearah pintu kelas. Seorang lelaki tinggi dan kacak sedang berjalan masuk kedalam kelas ini.
Entah kenapa tiba-tiba terasa nak tenung dia sahaja. Dan tanpa aku perasan aku sudah tersenyum seperti kerang busuk. Dan itu dia lelaki yang aku cintai, Choi Yeonjun
" Woi gila, tengok apa sampai tersengih macam kera belakang rumah Jina tu? " Hyera menolak kepala Seulbi. Seulbi menggosok kepalanya sambil mencebik.
" Woi, kera belakang rumah aku jangan main. Dia gigit kau kang. Kau pulak jadi kera nanti. "
" Ada saya kisah. Wuu... tacodnya kena gigit kera Jina! " sempat lagi dua ekor natang beruk ni bergaduh. Aku menampar muka mereka.
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE | CHOI YEONJUN
Roman d'amourLee Seulbi, gadis yang berumur 18 tahun menyukai seorang lelaki yang bernama Choi Yeonjun a.k.a rakan sekelasnya. Yeonjun pula seorang lelaki dingin. Jika dilihat dirinya dan cara percakapannya dengan Seulbi sangat dingin. Siapa sangka mereka mempu...