4-♥︎

51 10 1
                                    

Yeonjun masuk kedalam kedai serbaneka yang berada di persimpangan jalan menuju kesekolahnya itu. Dia mengambil dua kotak air susu yang berperisa strawberi itu. Dia membayar dan keluar dari kedai serbaneka itu.

Beg yang disandang dia betulkan dan berlalu pergi kesekolah.

Tiba-tiba seseorang menepuk kepala Yeonjun lalu merangkul bahu lelaki itu. Yeonjun yang mulai berang memandang lelaki disebelahnya tajam lalu mengeluh kasar.

" Lah.. Janganlah marah abang Yeonjun. " lelaki yang bernama Choi Soobin itu tergelak melihat reaksi Yeonjun sebentar tadi.

" Oh, pasal projek reka bentuk tu, kau partner dengan siapa? " soal Soobin. Yeonjun hanya diam lalu menolak tangan Soobin dari terus merangkul bahunya.

" Dengan Hana? Uuuu~ dengan H- "

" Dengan Seulbi. " menyebut nama Seulbi membuatkan Yeonjun tersenyum sedikit. Eksperesi Soobin berubah. Dari happy good lucky ke sad boy.

" B-bukan kau benci dia ke? " soal Soobin lalu tersenyum pahit. Yeonjun tergelak perlahan.

" Entah, mungkin dulu. " ujar Yeonjun lalu menepuk bahu Soobin dan mengorak langkah kearah pagar sekolah yang tidak jauh dari mereka.

Soobin terhenti dari berjalan. Bibirnya tadi yang terukir senyuman perlahan-lahan luntur. Dia keluarkan lolipop dari poket seluarnya seraya memandang kearah lolipop itu lalu memasukkan kembali kedalam poket seluarnya.

Ya, dia menyukai Lee Seulbi.

•_____♥︎_____•

" Kau bawak apa tu Seulbi? " soal Hyera sebaik sahaja Seulbi berjalan masuk kedalam kelas.

" Ni? " Seulbi mengangkat beg kertas yang terisi sesuatu itu keatas. Hyera mengangguk laju. Seulbi tersenyum senget lalu berjalan laju kearah mejanya. Dia duduk lalu meletakkan beg kertas itu diatas meja Hyera yang duduk dibelakangnya.

Hyera mengambil lalu membuka beg kertas itu. Dia mengeluarkan barang yang berada didalam beg kertas itu. Hyera memasang muka bingung.

" Jaket? " soal Hyera bingung. Seulbi mengangguk sambil mengukir senyuman lebar.

" Kau nak bagi siapa? Nampak mahal siak jaket ni. " Hyera membelek-belek jaket yang berwarna hitam itu. Seulbi merampas jaket hitam itu dari tangan Hyera lalu menepuk-nepuk jaket yang telah dipegang Hyera sebentar tadi. Hyera berdecit.

" Dari someone special lah tu. " ujar Hyera lalu menyilangkan tangannya.

" Hana datang? " soal Seulbi secara berbisik. Hyera mengangguk lalu menunjuk kearah meja yang berada dihadapan dimana terdapat meja Hana yang bersebelahan dengan meja Yeonjun, kelihatan Hana sedang menulis sesuatu. Seulbi mengeluh.

" Emm, nanti jelah aku cerita. " Seulbi menyimpan kembali jaket itu kedalam beg kertas tadi. Seseorang menghampiri meja Seulbi.

" Yah, Seulbi. Ada orang nak jumpa kau dekat rooftop. " ujar lelaki itu dan berlalu pergi. Seulbi memasang muka pelik.

" Kenapa weh? " soal Hyera. Seulbi mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia keluar dari kelas lalu menuju kearah rooftop.

Setelah tiba dirooftop, gadis itu membuka pintu tersebut. Kelihatan seorang lelaki sedang duduk dibangku yang tersedia diatas bumbung sekolah itu. Seulbi menghampiri lelaki itu lalu menepuk bahu lelaki itu. Remaja lelaki itu menoleh.

UNEXPECTED LOVE | CHOI YEONJUNWhere stories live. Discover now