" Seulbi! Bangun! Kamu dah lambat ni! " Puan Kim mengetuk-ngetuk pintu bilik Seulbi. Seulbi hanya berselubung didalam selimutnya.
" Taknak! Hari ni Seul tak nak pergi sekolah! " jerit Seulbi dari dalam biliknya. Haechan datang mendekati bilik adiknya. Pintu adiknya diketuk berkali-kali.
" Kau nak bangun atau nak aku pecahkan pintu ni? " Seulbi mengeluh kasar. Dia berjalan kearah pintunya dengan perasaan malas. Pintu biliknya dibuka kasar.
" Kau kenapa ni? Dengan mata sembab, rambut serabai. Kau tak tidur, kan? " soal Haechan bertubi-tubi tapi hanya dibalas keluhan oleh adiknya.
" Emm, imo turunlah dulu. Sekejap lagi kami turun. " ujar Haechan. Setelah dibalas anggukan oleh Puan Kim, lantas Haechan menarik lengan Seulbi.
" Kau kenapa? " Seulbi hanya diam. Haechan memegang muka Seulbi supaya adiknya yang seorang itu melihat kearah mukanya.
" Seulbi, tengok aku. Kita dah janji supaya takde rahsia antara kita, kan? Cerita dekat aku. Ada problem ke? " mata Seulbi mula berair. Kelihatan risau dimuka Haechan.
" Oppa.. Y-Yeonjun dah nak kahwin! Huwaa! " Seulbi menangis sepuas hati. Haechan melepaskan pegangannya tadi. Kepala Seulbi ditolak.
" Budak tu lagi? Aku ingatkan kau ada masalah apalah tadi! " Haechan mengeluh kesal. Seulbi hanya mencebik.
" Alaa.. Janganlah marah. "
" By the way, kau kata Yeonjun nak kahwin? " Seulbi mengangguk perlahan. Haechan berdecit.
" Woi, kau tak payah berharap sangatlah. Kau pun nak kahwin gila! " Haechan menolak kepala adiknya. Seulbi hanya mencebik.
" Tapi semalam dia broken sebab tak dapat kahwin dengan Hana! Huwaa! Mesti dia sayang Hana! " Seulbi menangis sepuas hati sambil memeluk Haechan. Haechan hanya mengusap kepala adiknya dengan muka pasrah.
" Kau tau ke dia broken sebab Hana? "
" Aaa.. memanglah aku tak tau tapi aku dapat rasa! Huwaaa! "
" Dahlah, kau pun sama macam dia. Broken tak habis-habis. "
" Eh, ni baru sekali! Selama ni Seul tak pernah broken! " Seulbi menjeling Haechan.
" Eleh.. tak pernah konon. Habis setahun yang lepas tu? "
" Eii! Jangan ungkit! " Seulbi menolak bahu Haechan. Haechan hanya tergelak.
" Dah, pergi siap. Sekolah! "
" Alaaa.. kena sekolah ke? Malaslah! "
" Kau jangan mengada! Pergi sekarang! "
" Ish! Yelah! "
•_____♥︎_____•
" Dia peluk kau? Seriuslah? "
" Yelah! Sekali dia bagi fakehope! Sedih siak! " Seulbi melekapkan mukanya kepermukaan meja.
" Weh, weh! Tu dia dah sampai! " Jina menggoncang-goncangkan badan Seulbi. Automatik badan Seulbi menegak. Seulbi memusingkan kerusinya kedepan. Tak lupa juga matanya yang tak beralih daripada memandang Yeonjun.
Dia perhati sahaja Yeonjun berjalan. Makin lama, makin dekat kearahnya. Yeonjun berhenti dimeja Seulbi.
" Nah, thanks teman aku semalam. " ujar Yeonjun dingin dan berlalu pergi kearah mejanya. Seulbi memandang coklat yang diberikan Yeonjun sebentar tadi. Tercengang gadis itu dibuatnya. Lelaki yang membencinya selama setahun itu sendiri menegurnya!
![](https://img.wattpad.com/cover/253987744-288-k926992.jpg)
YOU ARE READING
UNEXPECTED LOVE | CHOI YEONJUN
RomanceLee Seulbi, gadis yang berumur 18 tahun menyukai seorang lelaki yang bernama Choi Yeonjun a.k.a rakan sekelasnya. Yeonjun pula seorang lelaki dingin. Jika dilihat dirinya dan cara percakapannya dengan Seulbi sangat dingin. Siapa sangka mereka mempu...