Bab 27

234 14 0
                                    

Seawal jam 10 pagi , dirumah Astrella Sofia berusaha gigih untuk mendapatkan semula nikmat berjalan.

Diatas kerusi roda Astrella Sofia duduk sedang kedua-dua tangannya mengenggam kemas pemegang tongkat berkali 4 itu.

Tenaga dikerah sekuatnya , setelah hampir 5 minit berlalu Astrella Sofia akhirnya berjaya berdiri.

" M-mumy.. "

Dengan suara yang menggigil dan tubuh yang terketar , Astrella Sofia memanggil Puan Naira dengan lembut.

" F-fi dah boleh berdiri. "

Puan Naira yang dari tadi duduk diatas katil berhadapan Astrella Sofia memandang anak gadisnya itu dengan mata yang berkaca.

Berkadar segera Puan Naira berdiri mendekati Astrella Sofia. Tubuh Astrella Sofia dirangkul kemas Puan Naira.

" Alhamdulillah Fi. "

" Mummy proud of you. "

Bernada sebak Puan Naira membisikkan itu dicuping telinga Astrella Sofia sedang air matanya terus mengalir dibahu Astrella Sofia.

Hari demi hari Astrella Sofia tidak berputus asa dan terus berusaha untuk pulih.

Setelah hampir sebulan Astrella Sofia akhirnya berjaya untuk berjalan menggunakan tongkat berkaki empat itu.

Tepat jam 1 petang , waktu makan tengah hari pun tiba.

Seperti yang dimaklumkan , Encik Eqwan bersama Encik Sharif dan Que Raikal bertemu di Saujana Cafe.

Sejurus bertemu , Encik Eqwan dan Encik Sharif bersalaman lalu berpelukan.

Setelah beberapa detik berlalu , pelukan mereka pun terlerai. Kini giliran Que Raikal pula untuk bersalaman dengan Encik Eqwan.

Usai itu , mereka bertiga pun melabuhkan tubuh diatas kerusi tersebut.

Senyuman lebar yang terukir diwajah dua orang lelaki dipertengahan usia itu jelas menimbulkan tanda tanya kepada Que Raikal.

Encik Eqwan dan Encik Sharif terus berbual sementara menunggu hidangan makanan yang dipesan tiba.

10 minit pun berlalu , makanan yang dipesan mereka bertiga akhirnya siap.

Mereka bertiga pun menikmati hidangan makanan tersebut dengan gembira.

Sedang Que Raikal menghirup kopi panas itu , Encik Sharif dan Encik Eqwan dengan sengaja mengusik Que Raikal.

" How's your bussiness now Dato' Eqwan ? "

Soal Encik Sharif kepada Encik Eqwan berkenaan perkembangan syarikat milik keluarga Encik Eqwan itu.

" Eh , apa ni panggil Dato'. "

" Kita kan nak berbesan dah "

Balas Encik Eqwan sambil tertawa kecil.

Que Raikal yang menghirup kppi panas itu lantas tersedak mendengarkan itu.

" Que , okay ke tu ? "

Tanya Encik Eqwan kepada Que Raikal sambil tersenyum lebar.

" Alah biasa la tu Wan , terkejut. ahahah "

Ujar Encik Sharif sambil tertawa.

" B-besan ? "

" Pa , Daddy ? "

" Que salah dengar ke ni ? "

Soal Que Raikal dengan dahi yang berkerut kepada dua orang lelaki dihadapannya itu.

Pengantin 40 HariWhere stories live. Discover now