Bab 48

563 14 0
                                    

Setelah selesai menghantar Astrella Sofia mendapatkan rawatan di hospital , Tengku Zafreil pun membantu Que Raikal dalam mencari Que Fil.

" Ya Allah , selamatkanlah anak aku.. "

Desis hati Que Raikal yang memohon pertolongan dari Yang Maha Esa.

Di merata tempat sekitar kawasan perumahannya , Que Raikal mencari susuk tubuh Zennirah Aisyah.

15 minit segera berlalu , pencarian Que Raikal membuahkan hasil.

Susuk tubuh Zennirah Aisyah yang duduk di kaki lima jelas kelihatan. Berkadar segera Que Raikal keluar dari keretanya dan mendekati Zennirah Aisyah.

" Zennirah.., "

Panggil Que Raikal yang kini sudah berdiri dihadapan Zennirah Aisyah.

Lalu Que Raikal pun duduk mencangkung.

" Zennirah.., tu anak aku.. "

" Tolong jangan buat macam ni.. "

Pinta Que Raikal dengan lembut.

" Tak ! "

" Ni anak aku ! "

" Mateen anak aku ! "

Jerit Zennirah Aisyah dengan agresif.

Malek yang melihat itu segera berpaling memandang Que Raikal dengan wajah yang berkerut.

" a-anak kau ? "

Tanya Malek yang terpedaya dengan kata-kata Zennirah Aisyah.

Dalam ketakutan , Zennirah Aisyah menangis dan menyorok di belakang Malek.

" Tu anak aku.., Zennirah. "

" Tolong.. pulangkan dia. "

Rayu Que Raikal bernada sebak.

" Diam ! Ni anak aku ! "

Jerit Zennirah Aisyah lagi.

Oleh kerana Zennirah Aisyah berasa tidak lagi  selamat untuk berada disitu , Zennirah Aisyah pun berlari menjauhi dua lelaki tersebut.

Tanpa melihat kiri dan kanan , Zennirah Aisyah berlari ke tengah jalan raya..

( PinPin )

Hon kereta dibunyikan oleh pemandu kereta membuatkan Zennirah Aisyah panik dan hanya berdiri dihadapan kereta tersebut.

" Zennirah !! "

Jerit Que Raikal dengan kuat.

Berkadar segera , Que Raikal menolak Zennirah Aisyah ketepi dan mengantikan tempat Zennirah Aisyah.

Akibat ditolak , Zenniah Aisyah yang hampir terjatuh segera disambut oleh Malek yang berada di tepi jalan.

Syukur , Que Fil terselamat. Namun begitu , Que Raikal dilanggar oleh kereta tersebut.

Diatas jalan tar , terbaringnya Que Raikal dengan kepalanya yang berlumuran darah.

Setelah kejadian itu , Que Raikal dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Zennirah Aisyah pula , dihantar ke hospital bahagia bagi mengelakkan berlakunya kejadiaan yang tidak diingini.

" H-hubby... "

Bersulam tangisan teresak-esak , Astrella Sofia menangis diatas dada bidang Que Raikal yang kaku itu.

Dengan erat , Astrella Sofia memeluk jasad Que Raikal.

" Astrella , jangan macam ni.. "

" Saya tau awak kuat , Astrella.. "

Pujuk Darleena sedang bahu Astrella Sofia diusap lembut bagi menenangkan hati Astrella Sofia.

Pengantin 40 HariWhere stories live. Discover now