Bab 14

305 18 0
                                    

Setelah urusan Que Raikal di hospital selesai , Astrella Sofia pun bergegas pulang ke Syarikat Setia Jaya Holdings untuk mengumpul bukti atas tujuan membuat laporan berkenaan kejadian tersebut.

" Fi ? "

Panggil Puan Naira sejurus melihat kelibat Astrella Sofia di bilik pengawasan tersebut.

" Mummy , Daddy. "

Panggil Astrella Sofia berhias senyum sedang langkahnya mendekati kedua orang tuanya itu. Lalu tangan Encik Eqwan dan Puan Naira segera disalam oleh Astrella Sofia sebagai tanda hormat.

" Fi okay ? Risau Mummy tau... "

Ujar Puan Naira sedang tangannya memeluk erat Astrella Sofia didalam dakapan.

"  Alhamduillah , Fi okay. "

Jawab Astrella Sofia sambil tersenyum nipis.

" Orang yang selamatkan Fi ? Dia okay ? "

Soal Encik Eqwan kepada Astrella Sofia.

" Alhamdulillah , tak ada apa yang serius. Cuma dia banyak hilang darah. And luka dia agak dalam. So , dia kena duduk ward for a few days. "

Balas Astrella Sofia yang menjelaskan keadaan Que Raikal kepada ayahnya itu.

" Alhamdulillah. "

" Esok bawa Daddy dengan Mummy melawat dia okay ? Daddy nak cakap terima kasih dekat dia. "

Pinta Encik Eqwan kepada Astrella Sofia sambil tersenyum nipis.

" Okay Daddy. Esok kita jumpa Encik Que. "

Ujar Astrella Sofia kepada Encik Eqwan bersama wajahnya yang tersenyum nipis.

" Em.. macam mana ? Rakaman cctv tu.. ada kan Daddy ? "

Soal Astrella Sofia yang bertanya kepada ayahnya  berkaitan bahan bukti.

" Ada. Daddy dah minta Ad pergi buat report tadi. "

Jelas Encik Eqwan kepada Astrella Sofia.

" Nanti Inspektor akan datang jumpa Fi dengan Encik .. ?

Kata-kata Encik Eqwan tergantung dek kerana tidak tahu akan nama pemuda yang telah menyelamatkan anak gadisnya itu.

" Encik Que , Daddy. "

Sambung Astrella Sofia dengan ringkas.

" Yes. Hari ni Fi rehatlah. Urusan office biar Daddy dengan Ad yang handle. "

Arah Encik Eqwan kepada Astrella Sofia sekaligus menjelaskan bahawa dirinya dan anak lelakinya , Adrian  akan menguruskan kerja-kerja Astrella Sofia yang tertangguh pada hari itu.

" Takpa ke Daddy ? Fi.. seganlah. Lagi pun Fi tak injured pun.. "

Ucap Astrella Sofia kepada Encik Eqwan , meluahkan rasa serba salah dihatinya itu. Sejak kecil , Astrella SOfia sememangnya diajar untuk tidak menyusahkan orang lain. 

" Its okay. Ad pun risaukan Fi. "

" Takpe , Fi cuti je hari ni. "

Ujar Encik Eqwan kepada Astrella Sofia.

" Hm.. Okay Daddy.. "

Balas Astrella Sofia yang hanya menurut arahan ayahnya itu.

" Dah . Fi balik dengan Mummy. Pak Rashid dah tunggu dekat entrance tu. " 

Arah Encik Eqwan sekali lagi. 

" Okay Daddy. Apa-apa update Fi eh ? Thank you Daddy. "

Ucap Astrella Sofia kepada Encik Eqwan sedang tangan kanan dihulurkan untuk bersalaman dengan ayahnya itu.

Pengantin 40 HariWhere stories live. Discover now