🌻🌻🌻
"You rasa... Evan akan selamat ke? Dorang tak akan bunuh dia kan?"
Anne bertanya sambil mengunyah biskut yang dia jumpa dalam kabinet di dapur hotel. Selepas kedatangan abangnya, dia di halau oleh Eiden bersama Jaz untuk menemani dia. Dia baru nak tengok macam mana mereka deal dengan Evan. Tapi kena halau pula, bak kata Eiden. Kalau perempuan masuk campur, huru hara nanti.
Kurang asam bethol. Ingat dia apa. Uhm!
Jaz tersenyum kecil sambil berdiri tegak di sisi sofa yang diduduki oleh Anne. Wajah kekasih hati bossnya di pandang. Pertama kali mengetahui bahawa Anne Mianda adalah kekasih bossnya, benar – benar buat dia terkejut. Iyalah, siapa sangka yang bossnya dapat memikat wanita secantik Anne dengan perangai beku boss dia. Dia bukan nak mengutuk bossnya, dia hanya berkata benar saja. Jangan kecam. Dia cakap benda betul. Berbeza betul angin boss ketika berkerja dan ketika bersama Anne. Kalau boleh, dia mahu Anne berkepit 24 jam dengan boss dia. Tak sanggup dia mahu menghadap angin ribut boss dia.
"Evan seorang businessman juga, jadi kalau tiba – tiba saja dia hilang. Kehilangan dia akan disoal nanti. Jadi miss jangan risau, boss tak akan bunuh dia."
Anne mengangguk kecil, "Betul juga, erm..." Mulut dia kembali mengunyah sambil memandang kaca tv yang bersiaran.
Lagipun kerja dia hanya goda Evan dan bawa dia naik ke bilik yang telah dirancang oleh mereka. Nasib dia agak baik sebab Evan meminta bodyguardnya untuk tidak mengikut sekali. Kalau tak, terpaksa dia memujuk dan mengoda Evan 'lebih lagi'. Err well, thank god! Sebab dia tak perlu nak bertindak lebih – lebih. No more!
Berduaan bersama Evan cukup buat dia seperti di dalam neraka. Nasib baik ada Eiden yang sedia ada berada di dalam bilik tadi. Cuba kalau Eiden tak ada? Oh god, I tak nak fikir. Mimpi ngeri dia dibuatnya.
Serentak itu, pintu suite hotel mereka di buka. Kelihatan kelibat susuk tubuh Eiden melangkah masuk dengan wajah tegang.
Ah sudah, kenapa pula ni.
Anne hanya diam saja melihat langkah Eiden yang menuju ke arahnya dan mengambil tempat disebelahnya. Bibir Anne naik mengukir senyuman kecil apabila Eiden berpusing memandang wajahnya dan wajah kacak itu masih tegang.
"Whatttt? Nape pandang macam tu?" Anne mula naik geram apabila Eiden hanya memandangnya dengan tajam. Apa pula yang dia dah buat kali ni? Dia ada buat salah ke? Dia ada rosakkan plan mereka ke?
Eiden masih memerhati Anne tajam. Matanya mengecil dan meliar ke tubuh Anne yang masih berbalut dress tadi. Dia mengetap bibir apabila teringat kembali tubuh gebu kekasihnya yang sudah diraba oleh Evan si tak guna itu. Ikutkan hati tadi, mahu saja dia memotong tangan Evan yang berani – berani menyentuh tubuh Anne. Grr.
Tapi bukan kau sendiri ke yang bagi 'green light' untuk Anne goda lelaki tak guna tu? Grr... shut up! Itu pun sebab pujuk rayu Julien, yang mengatakan adiknya boleh buat. Ikutkan hatinya, memang dia tidak membenarkan langsung. Menyesal pula mengikut plan bodoh Julien.
Ok memanglah plan mereka berjalan dengan lancar, tapi yang sakit hatinya DIA! Bagitahu dia sekarang, siapa yang suka tengok kekasihnya sendiri di sentuh oleh orang lain di depan matanya sendiri! TAK ADA SIAPA OK!
"Bangun," Arah Eiden dengan suara yang tertahan menahan marah.
"Ha?" Terkebil – kebil Anne mendengar arahan Eiden.
Jaz yang masih di sisi mereka juga termangu dengan boss dia. Kenapa pula dengan boss dia ni? Jangan kata Anne je takut, dia pun takut dengan angin ribut taufan boss dia. Tapi dia tidaklah dia menunjukkan riak takut. Takut dalam hati saja.
YOU ARE READING
MISCHIEVOUS
Romance[O N - G O I N G] My third babies 。 •́ ❥ (MISCHIEVOUS ) ❥ •̀ 。 *** Sinopsis soon *** Start update ; 11 March 2018