。 •́ ❥ ( 05 ) ❥ •̀ 。

42.4K 946 27
                                    

🌻🌻🌻

Eiden kembali masuk ke dalam biliknya apabila terdengar deringan dari handphone dia. Melihat saja nama yang terpapar di skrin sudah buat di mengeluh. Menganggu cuti aku jelah dia ni.

Nak tak nak terpaksa dia angkat apabila panggilan itu masuk yang ketiga.

"Erm," kakinya di tuju ke big mirror dalam biliknya. Rambutnya yang kusut kerana masih basah dikeringkan dengan sebelah tangannya yang bebas.

"Kau dekat mana?"

Eiden merengus geram mendengar soalan William. Dah berapa lama si gila ni kenal aku?

"Kat rumah lah. Apahal?"

William diam seketika di talian, sebelum menyambung perbualan.

"Kau free tak? Keluar jom. Aku bosan ni,"

Tangan Eiden yang tengah mengayakan rambutnya terhenti. Keluar? Keluhan keluar dari bibirnya.

"Malaslah," Dia bukannya kaki merayau macam William. Setiap kali William mengajaknya keluar mesti dia beri pelbagai alasan.

"Jom lah beb. Dah lama tak dating dengan kau ni,"

"Kau nak mati cepat ke apa?" Geli pula tekak Eiden mendengar ayat William yang minta penampor tu. Fuck you dating. Eiden belum terdesak lagi nak dating dengan lelakilah.

William dah mengekek gelak dengar ayat Eid. Bukan selalu dia mengenakan member baran dia yang sorang ni.

"Haha i gurau je lah baby. So on tak?"

"Fuck you baby. Kau jangan nak membabi dekat sini,"

William sudah ketawa besar di hujung sana. Hee kena babi pun happy ke? Sah gile mamat ni. Harap je muka hensem.

"Nanti aku send location tau. Bye muahhh!" Terus talian di matikan tanpa menunggu jawapan dari Eiden.

Eiden yang mendengar bunyi talian di matikan oleh William sudah terbuntang. Dia matikan dulu?! Lepas tu suka hati dia je nak paksa aku hah? Tak pergi kang.

Eiden mencarut perlahan apabila mendapat location dari William.

Handphonenya diletak di atas meja dan terus masuk ke walk in closet miliknya. Berderet baju dan seluar yang di susun mengikut jenama dan warna.

Dengan langkah malas Eiden bergerak ke bahagian kiri closet yang menempatkan pelbagai jenis seluar. Tanpa berfikir tangannya mengambil fit black jeans.

Seluar pendek yang sudah tersarung dari tadi di lurutkan dan di campak masuk ke dalam bakul baju yang berhampiran dengan pintu closet. Seluar yang di ambil tadi pula di sarung ke kaki panjangnya.

Selesai itu, dia bergerak pula ke bahagian kanan closet ; bahagian bajunya. Kakinya berjalan sambil jarinya menyentuh pintu kaca dan melihat baju di dalam. Kakinya melepasi pakaian suit dan kemeja. Apabila sampai di hadapan bahagian t-shirt kakinya behenti. Matanya melihat pakaian yang sesuai dengan mood dia sekarang. Mood malas! Pintu kaca di buka dan baju adidas maroon di capai dan hanger di tanggal, kemudian di sumbat kembali hanger ke dalam closet itu. Baju adidas itu di sarung ke badannya yang dari tadi terdedah.

Dikemas sikit pakaian yang di pakai sambil berjalan menuju cermin besar dalam closet itu yang berada ditengah ruang closet itu.

Gaya rambut di betulkan serta pakaiannya.

Well Eid.. Tak payah nak cakap banyak.

Kau memang hensem.

Setelah puas dengan penampilannya, Eiden pusing ke belakang. Terdapat laci kaca yang memaparkan barang peribadinya. Pelbagai jenis jam berjenama dan bracelet yang stail dan kena dengan citarasanya. Laci yang berada di hujung sekali di tarik. Jam rolex yang black gold berkilat di ambil dan di pakai di pergelangan tangan kanannya.

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now