🌻🌻🌻
"Kau dengan Anne tu ada apa-apa ke?"
Berkerut kejap dahi Eiden mendengar soalan William.
"Anne? Siapa Anne? Ada apa-apa apa ni?" Tanyanya balik. William merepak apa ni?
Sekarang William pulak yang berkerut dahi, "Anne lah! Kawan Rachel tu lah, aku tanya kau ada apa apa ke dengan dia?" Soalan tadi diulangnya balik.
Eiden termangu kejap sebelum dia ketawa kecil tanpa sedar. So.. the name of my girl is Anne? Dah sebulan sejak mereka terjumpa, baru hari ini Eiden tahu nama perempuan dia. It's funny dude.
Anne.. Eiden memanggil dalam hatinya.
"Haa kau gelak ni confirm kau dengan dia ada apa-apa kan?kan?" Sergah William tanpa tahu sebab apa Eiden gelak.
Eiden kembali memandang William dengan riak sengaja serius,
"Takde maknanya lah. She not my taste,"
Selamba saja dia kata begitu dengan mata meliar melihat sekeliling cafe kolejnya sambil menyedut fresh orange miliknya.
Not my taste? Perempuan tu jugak yang kau dok cium dok raba dok ngigau dok ingat. Semua dok lah, senang citer.
"Iye lah tu.. Aku tengok bukan main mesra lagi time kat mall hari tu?" William sudah tersengeh nakal.
"Apa kau merepek ni setan?" Mula tak senang dengan ayat William.
"Alah.. Yang kat taman tu lah! Apa kes?" William sudah tersengeh nakal.
"Bila masa pulak aku pergi taman? Lepas kau bla, aku pun bla lah," Eiden dah tak senang duduk. Kantoi ke?
"Kau memang suka cari pasal dengan orang ke apa hah? Tak habis habis menyusahkan aku. Kalau ye pun nak cari pasal dengan orang, tolonglah jangan depan aku.. Tak pasal pasal aku jadi hero drama murah kau,"
Anne di sisi Eiden sudah mencebik geram, nak je aku hempuk kepala si mamat ni!
"Bukan salah saya pun," kata perempuan tu selamba dan serentak langkah mereka terhenti di bawah pokok yang agak rendang di hadapan taman yang agak lenggang. Mungkin di sebabkan cuaca yang agak panas di luar membuatkan manusia di sini lebih selesa duduk di dalam mall yang sejuk.
"Bukan salah kau?! Eeyy!!" Eiden sudah menahan geram. Ewah ewah..!
Tubuh tegangnya menghadap tubuh Anne.
"Hello??! Agaknya memang patut aku langgar kau rasanya hari tu!"
"Kalau aku langgar kau hari tu dah aman rasanya hidup aku sekarang ni." Pedas ayat yang keluar dari mulutnya.
"Entah entah kau sengaja en? Kau sengaja plan semua ni. Baik kau ngaku cepat kau plan dari awal kan? Kan?"
Terkebil - kebil mata Anne mendengar ayat kurang ajar Eiden itu. Fuh menusuk kalbu betul.
Anne mencekak pinggangnya, mahu membidas ayat Eiden.
"Excuse me? Awak ingat saya plan semua ni?? Ingat saya ada masa nak plan semua benda merepek tu? Kalau saya nak plan sekali pun, saya takkan pilih lelaki gila macam awak ni! Yang kes hari tu memang tak dijangka okay! Lagi pun mana saya perasan yang ada motor gila nak lalu," and yes! Again! Anne berkata selamba walhal dah kecut jugak tengok muka merah Eiden ni.
"Takda masa saya nak plan semua tu. Ingat saya takde kerja lain ke nak buat? Lagipun kalau saya plan.. Apa saya dapat?? Awak tu dahlah harimau gile. Buat bazir tenaga saya je,"
YOU ARE READING
MISCHIEVOUS
Romansa[O N - G O I N G] My third babies 。 •́ ❥ (MISCHIEVOUS ) ❥ •̀ 。 *** Sinopsis soon *** Start update ; 11 March 2018