Anne menghadiahkan senyuman manisnya apabila dirinya menjadi tumpuan ramai. Matanya disilaukan dengan kelipan kamera wartawan yang hadir. Malam ini, mummynya ada membuat pelancaran koleksi barunya, jadi mereka menjemput ramai artis juga kenalan mereka ke majlis ini. Sebentar lagi, akan ada fashion show yang dijalankan, namun Anne sendiri tidak terlibat. Malam ini dia membantu mummynya menguruskan majlis mereka. Memang agak ramai yang datang walaupun mummy sudah limitkan kepada 300 orang saja tapi Hotel mewah yang merupakan salah satu kepunyaan keluarga mereka, sudah penuh dengan kehadiran mereka.
Matanya meliar mencari kelibat mummynya, namun tidak pula dinampaknya. Melis pun sudah hilang ke mana, ditinggalkannya dia berseorangan di sini.
"Anne Mianda?" Anne menoleh apabila ada seseorang yang memanggilnya.
"Yes?"
"Can we interview you?" Kelihatan seorang gadis yang berpakaian seperti wartawan itu menegur Anne apabila melihat Anne keseorangan di sudut hall.
Anne tersenyum, "I'm sorry dear, i can't because our show will start soon. Maybe after show, you boleh interview i?" Dengan sopan Anne menolak permintaan wartawan itu. Memang benar, sekejap lagi show akan bermula.
Wartawan itu tergelak, "Ok sure, but can we take your picture?" Sekali lagi wartawan itu bertanya, berharap kali ini model cantik itu tidak menolak.
Terlepas ketawa kecil Anne, "Yeah sure!"
***
"Mana you pergi?" Anne berbisik pada Melis yang duduk di sebelah. Melis sudah tersenyum sumbing, "You know what? I dapat tangkap gambar dengan Chris Evans tadi!" Melis cuba untuk meredakan keterujaannya yang mahu mencerita. Dia terlalu happy apabila dapat jumpa face to face dengan pelakon kesayangan dia itu.
Anne sudah mencebik, "You sibuk dengan Chris Evans sampai lupa i?" Matanya memandang pentas yang bakal menjadi runway model sebentar lagi.
"Btw, you nampak mummy tak?" Dari tadi Anne mencari mummynya. Risau dia dibuatnya.
"Oh, tadi I Nampak mummy auntie dekat belakang. Sentuhan terakhir,"
Nafas lega dilepaskan, mummynya itu Memang tak boleh nak berehat sekejap. Ada saja kerja dia mahu buat. Adrienne Cammille memang seorang yang amat penting kesempurnaan, walaupun pada mata Anne sudah tampak sempurna tapi bukan di mata ibunya.
***
"You look so beautiful Anne!" Valeria memuji Anne yang memang sangat menawan pada malam ini. Dengan gaun putih yang hanya separas peha, mendedahkan seluruh kaki panjangnya. Seakan malam ini, Anne yang menjadi tumpuan utama bukannya koleksi baru Adrienne.
Tapi Memang benar pun, sepanjang majlis tadi. Ramai tumpuan terutama lelaki tertumpu pada wajah jelita Anne. Wajah cantic model itu Memang tidak dapat disangkal kecantikkannya. Memang benar-benar mewarisi wajah Adrienne Cammille yang anggun. Seakan tidak percaya yang mereka ini adalah ibu dan anak, bukannya adik-beradik.
"Thank you aunty and of course you look so gorgeous too!"
Valeria ketawa dengan pujian Anne.
"Aunty sorang saja?"
"Aunty datang dengan p.a aunty, iyalah nak bawak siapa pula? Aunty mana ada anak perempuan kan?"
Anne tersenyum kecil, dia tidak mahu berkata lebih.
"Eh aunty makanlah dulu before balik?" Anne menarik Valeria menuju ke dewan makan yang besar itu. Valeria mengikut saja langkah Anne. Siapa sangka, gadis ini mampu membuat orang sekelilinginya menyayanginya dengan perangai lembutnya. Termasuk anak lelakinya.
YOU ARE READING
MISCHIEVOUS
Romance[O N - G O I N G] My third babies 。 •́ ❥ (MISCHIEVOUS ) ❥ •̀ 。 *** Sinopsis soon *** Start update ; 11 March 2018