🌻🌻🌻
Satu per satu helaian buku setebal 2 inci itu di selak. Matanya fokus pada huruf kecil yang bersepah dengan mulut terkumat kamit membaca ayat kecil itu.
Suasana yang bising itu langsung tidak menganggu pembelajarannya. Exam makin dekat jadi dia perlu fokus sepenuhnya. Dia perlu hadam semuanya kerana dia hanya ada lagi sebulan saja sebelum exam.
Anne memicit kepalanya, course business ni betul betul menyakitkan kepalanya. Dia tidak tahu kenapa dia ambil course ini, hatinya tiba tiba tergerak untuk ambil course ini.
Jam di tangan di tilik ada lagi satu jam setengah sebelum class dia bermula. Sekarang dia sedang menunggu Rachel di cafe. Rachel yang meminta dia untuk tunggu dia sini. Ada benda mahu di bincangnya, namun batang hidungnya langsung tak nampak. Lupa ke apa?
Mata kembali pada helaian kertas di tangannya, sambil menyegarkan tekaknya dengan apple juice yang di pesan tadi. Fokusnya sekarang betul-betul pada buku di tangannya. Manfaatkan masa yang ada sebelum terlambat. Ingat masa boleh beli ke?
Bunyi seretan kerusi di hadapannya membuatkan kepalanya mendongak. Bibir mula mencebik melihat senyuman tak bersalah Rachel. Sedarlah tu diri dia lambat.
"Sorry Anne.. I ada meeting tadi," Rachel mengelip mata tanda memujuk kawan baiknya itu.
Bibir muncung Anne terbentuk, "It's okay Rachel. Ada apa you nak bincang ni? Sebab I ada class sekejap lagi,"
Rachel membetulkan duduknya seketika untuk keselesaannya. Dari wajah Rachel, Anne dapat agak confirm ada benda gembira yang mahu di kongsinya.
Rachel berdehem membetulkan tekak sebelum menjerit, "Next week, we will go holiday!!" Teruja Rachel meluahkan kegembiraan dengan kawan baiknya.
Bulat mata Anne mendengarnya, "Holiday? We?" Anne menyoal tanda tidak percaya.
Rachel mengangguk laju, "Yes! I dah plan baik punya. Next week kita akan pergi holiday memandangkan kita dapat cuti next week before exam. So i decide we need take a rest before kena struggle with our exam!"
Terangkat kening Anne, agak excited juga bila mendengarnya.
"Interesting. So where we going?"
Dengan senyuman nakal sekali tubuhnya mengeliat suka, Rachel menjawab soalan Anne.
"Paris!! I nak kita pergi Paris! Sebab i dengar sekarang Paris banyak sale now. So we should go no matter what happen!"
Anne tersenyum hambar, Rachel suka sangat melancong luar negara. Apa? Dekat Eropah ni tak ada tempat yang menarik ke? Anne kena fikir semua kos penerbangan dan perbelanjaan di sana nanti. Masakan dia mahu minta semua uncle and aunty dia? Dia masih ada perasaan malu. Tidak mahu menyusahkan mereka lagi. Cukuplah mereka berpenat lelah dan rasa terbeban dengan menjaganya sejak dari kecil lagi. Itu yang di rasa oleh Anne.
"Let me ask my family first okay?"
Rachel mengapai tangan Anne di atas meja.
"You kena pergi tau! Wajib!"
Anne mengganguk dengan senyuman di bibirnya.
"Kita berdua je?"
Makin lebar senyuman Rachel mendengar soalan itu.
"Nope! Berempat! I ada ajak lagi 2 orang and they okay with that," Jawab Rachel dengan senyuman nakal di bibirnya.
Ternganga mulut Anne seketika. Berempat siapa? Anne mula terasa tidak selesa. Bukan apa, dia hanya ada Rachel saja sebagai kawan baik. Dia memang susah untuk bergaul dengan orang lain sejak kes Brian. Rachel pula memang hot dan pandai bergaul jadi dia memang disenangi ramai. Jadi Anne rasa sedikit awkward di situ.
YOU ARE READING
MISCHIEVOUS
Romance[O N - G O I N G] My third babies 。 •́ ❥ (MISCHIEVOUS ) ❥ •̀ 。 *** Sinopsis soon *** Start update ; 11 March 2018