。 •́ ❥ ( 24 ) ❥ •̀ 。

27.4K 791 96
                                    

🌻🌻🌻

Bunyi telefon yang tidak berhenti berdering mula menganggu tidur lena Anne. Anne mendengus geram, tangannya mula mengapai mencari keberadaan telefonnya dengan mata tertutup. Matanya terlalu berat untuk dibuka.

"Hello?"

"Where are you Anne!" Jeritan Melis di sebelah sana membuatkan Anne terpaksa menjarakkan sedikit telefonnya.

"Please don't yell at me and what do you mean, where am i? I dekat rumahlah," Anne menjawab sambil meregangkan sedikit tubuhnya. Tangannya mengapai sebiji bantal dan menyembam mukanya. Hidung Anne mula menghidu bau bantal yang lain. Macam kenal saja bau ini.

"Rumah mana? Apartment you ke? I dekat bilik rumah family you sekarang ni and where are you? You lupa ke pagi ni you ada photoshoot?" Melis mula membebel, matanya mula melihat sekeliling bilik Anne yang kosong tiada tuan biliknya! Katil yang masih cantik seakan tidak disentuh, barang – barang kebiasaan Anne masih ada. Cuma telefon saja hilang, beg dompet gadis itu masih ada di atas meja gadis itu. Takkan Anne keluar tidak bawa beg dompet?

Anne yang mendengar ayat yang di tuturkan oleh Melis mula terdiam. Tak ada dalam bilik? Perlahan – lahan Anne membuka matanya. Pandangan pertama dia adalah dinding bilik yang berwarna coklat gelap yang membuatkan dia terdiam. Air liur di telan kesat apabila dia mula sedar yang ini bukan biliknya.

Anne mula bangkit dari baringnya, matanya melihat sekitar bilik tidur mewah yang besar sebelum matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang berdiri di hujung dinding berdekatan almari besar itu.

"Oh shit,"

Segera Anne menutup mulut apabila tersedar dia terkeluar perkataan yang tak sepatutnya.

"Anne, are you okay?"

"M-melis, I will call you back," terus Anne mematikan panggilan tanpa sempat mendengar kata – kata Melis. Matanya masih memandang lelaki yang tersenyum sinis yang turut memandang ke arahnya.

Selimut yang membalut tubuhnya di selak. Anne turun dari katil dan perlahan – lahan mendekati Eiden yang berdiri saja dengan kedua tangannya di masukkan ke dalam poket. Wajahnya biasa sahaja memandang riak Anne yang seakan keliru. Bibirnya menahan ketawa melihat gelagat comel Anne yang sedang menyentuh wajahnya. Apabila jari Anne mula mencubit pipinya terus dia mengapai tangan kecil itu dan digenggamnya.

"Rasa tengah bermimpi ke?"

Terus bulat mata Anne mendengar suara Eiden. So bukan bermimpilah? Macam mana dia boleh ada dekat sini? Anne cuba ntuk mengingat kembali apa yang terjadi malam tadi, tapi entah. Dia tak ingat.

"Bukan mimpi ke?" Anne berbisik perlahan. Matanya turun naik melihat tubuh Eiden yang hanya memakai kemeja tapi tidak dibutangnya mendedahkan tubuh depannya serta berseluar slack fit di kakinya.

"Kalau kau rasa kau tengah bermimpi silalah bermimpi. Aku nak bersiap,"

"Aaaaaa," Laju Anne memeluk tubuh Eiden yang mahu meninggalkan dia. Tubuh Eiden dipeluknya erat. Kepalanya menyembam mukanya pada dada bidang Eiden yang terdedah.

"Macam mana I boleh ada dekat sini?" Kepalanya mendongak memandang Eiden yang turut memandangnya.

Tangan Eiden yang berada di sisi naik menyentuh tubuh Anne, "Rahsia..." Eiden tersenyum sinis lalu menolak sedikit tubuh Anne.

Anne tercengang, whaattt? Matanya mengecil memandang Eiden yang berdiri di hadapan cermin besar sambil membutang kemeja yang di pakai. Anne mencebik, geram pula dengan perangai sinis Eiden ni. Nak main rahsia rahsia pula. Uhm!

MISCHIEVOUSWhere stories live. Discover now