Pada malam yang dingin , aku melangkah masuk ke dalam bilik tidur kami. Mataku terus menangkap figura lelaki yang sedang duduk di sisi kanan katil dan berhadapan dengan tingkap.
Dengan senang hati , aku datang dan mendakapnya dari belakang. Aku melihat dirinya seperti sedang melihat ke arah jendela yang basah dengan titisan air hujan. Waktu malam begini , ditambah pula dengan turunnya hujan yang lebat , menimbulkan rasa tenang dalam hati.
Tambahan pula , apabila raja di hatiku ini berada di samping sekarang. Jeongwoo.
Seorang lelaki berwajah tampan dengan senyuman yang mampu mendinginkan hati yang panas. Fikirannya yang bijaksana menampakkan imejnya sebagai seorang lelaki yang berjaya.
Aku tidak melepaskan dakapanku dan setia memandang wajahnya. Namun, dia sedikit pun tidak menoleh ke arah aku apatah lagi menyambut dakapan aku.
Adakah dia marah pada aku? Sudah hampir seminggu kau berkelakuan begini. Aku ada salah dengan kau ke?
YOU ARE READING
The Frame - Jeongwoo ( C )
Mystery / Thriller( C ) - a very short story Keperitan yang harus dialami oleh sang isteri iaitu diabaikan oleh suaminya sendiri. Namun, terdapat realiti lain yang disembunyikan. Cast : Jeongwoo , Haruto Genre : Thriller Catering : 13+ Idea : Me Started : 19/02/202...