Keesokan paginya , aku bangun awal dari Jeongwoo. Dengan pantas aku membersihkan diri sebelum turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan.
Pagi ni , aku masak telur dua biji dan dua keping roti bakar. Makanan itu akan dimakan oleh kami berdua setiap satu. Dua cawan coklat panas juga telah dibancuh.
Aku menghidupkan semua menu tadi di atas meja makan. Aku mengambil tempat di salah satu kerusi dan menongkat daguku.
Mataku tak lekang dari memandang ke arah tangga rumah dan menantikan kehadirannya turun dari bilik tidur.
Jeongwoo kemudiannya kelihatan turun dari tangga dengan pakaiannya yang serba kemas iaitu kemeja putih beserta tali leher berwarna biru , seluar slack berwarna hitam dan rambutnya yang kemas disikat.
Aku menyangka dia akan terus ke dapur untuk sarapan , namun... Lain pula yang jadi. Dia terus keluar daripada rumah dan segera bergerak ke tempat kerja— tanpa memandang ke arah aku.
Aku lantas bangkit dari kerusi dan mengejarnya. Kedengaran bunyi enjin kereta dihidupkan membuatkan aku mempercepatkan pergerakan aku.
Belum sempat aku keluar dari rumah bagi mendapatkannya , dia dan keretanya telah hilang dari pandangan aku. Aku terkesima dan jatuh terduduk di hadapan pintu rumah.
YOU ARE READING
The Frame - Jeongwoo ( C )
Mystery / Thriller( C ) - a very short story Keperitan yang harus dialami oleh sang isteri iaitu diabaikan oleh suaminya sendiri. Namun, terdapat realiti lain yang disembunyikan. Cast : Jeongwoo , Haruto Genre : Thriller Catering : 13+ Idea : Me Started : 19/02/202...